Headlines News :
Home » » Produk Baru: Lebih puas tonton video

Produk Baru: Lebih puas tonton video

Written By Unknown on Sunday, February 10, 2013 | 2:33 PM



Satu lagi produk turut diperkenalkan BLU Products termasuk peranti berskrin sebesar 5.7 inci yang disasarkan kepada pengguna yang mahu menonton video melalui gajet mereka ketika berada di luar rumah.
Oleh itu, model Quattro 5.7 HD yang ditawarkan direka untuk menepati hasrat pengguna dengan paparan 1280 x 720 HD beroperasi pada pemprosesan ?NVIDIA Tegra 3 1.5 GHz quad-core cukup hebat memaparkan video tanpa sekatan. 
Menariknya, walaupun ia bersaiz besar, pengguna masih mampu membelinya pada harga kira-kira RM999 saja dengan kemudahan kamera 8 megapiksel di samping kadar setoran cukup makan 4GB. 

Namun begitu, BLU Products memuatkan slot kad memori microSD untuk setoran tambahan sehingga 32GB.
Model terbabit dibina berasaskan RAM 1GB.

SPESIFIKASI: 

Produk: Quattro 5.7 HD? 
Harga: anggaran RM999 
OS: Android 4.0 ICSPemprosesan: NVIDIA Tegra 3 1.5 GHz quad-core 
Skrin: 5.7 inci 
Paparan: 1280 x 720 HD 
Kamera: 8MP 
Memori: 4GB, slot kad microSD 
RAM: 1GB


Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger