ASUS berjaya menampilkan teknologi dwiskrin pada laptop pertama di dunia dengan pengenalan model Taichi yang lain daripada lain.
Ia bermakna paparan skrin bukan saja di bahagian dalam namun pada permukaan luar laptop terbabit yang diperkasakan pemprosesan Intel quad core i5 dan grafik HD4000 berupaya menawarkan paparan skrin 1920 x 1080 pada saiz 11.6 inci pada kedua-dua skrin dengan nisbah kontras setinggi 700:1.Kombinasi tablet dan laptop itu membolehkah sudut pandangan 178 darjah berdasarkan skrin IPS.
Kalau anda mahukan produk ini menjadi laptop, hanya buka monitornya manakala kalau ingin menukarkannya menjadi tablet biasa, biarkan saja ia tertutup tetapi skrin luarnya masih memaparkan fungsi tablet biasa.
Meskipun mempunyai dua skrin, ia masih lagi mampu direka senipis 3mm pada bahagian depan dan 16.5mm pada bahagian belakang menjadikan rekaannya lebih kepada tablet berbanding laptop.
Meskipun mempunyai dua skrin, ia masih lagi mampu direka senipis 3mm pada bahagian depan dan 16.5mm pada bahagian belakang menjadikan rekaannya lebih kepada tablet berbanding laptop.
Ada empat mod tersedia termasuk skrin laptop, tablet, cermin dan dwi yang mana ia mempunyai fungsi berbeza antara satu sama lain.Misalnya, jika anda sedang bermesyuarat, anda akan memandang skrin di depan anda manakala skrin di sebalik monitor juga akan memaparkan kandungan sama.
Sekali gus, ia bermakna anda tidak lagi perlu memusingkan laptop untuk orang yang duduk bertentangan dengan anda melihat kandungan sama.
Baterinya mampu bertahan selama dua minggu untuk mod sedia dan ia beroperasi pada Windows 8 dengan setoran SSD 128GB atau 256GB dan RAM sebanyak 4GB.
SPESIFIKASI:
Produk: ASUS Taichi 21
Harga: RM3,999
Pemprosesan: Intel Core i5 Generasi Ke-3
Saiz: 11.6 inci HD Penuh (1920 x 1080) - depan dan belakang
Os: Windows 8
Grafik: HD 4000
Setoran: 4GB DDR3 RAM, 256GB SATA II SSD
Sambungan: Bluetooth 4.0, USB 3.0
Sudut Pandangan: 178 darjah
Tahap Nipis: 16.5mm
Berat: 1.25kg