Headlines News :
Home » , , » Tiga Daerah Di Pahang Dijangka Banjir Akibat Ribut Sonamu

Tiga Daerah Di Pahang Dijangka Banjir Akibat Ribut Sonamu

Written By Unknown on Monday, January 7, 2013 | 3:19 PM




KUANTAN: Tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin berkemungkinan dilanda banjir semasa kejadian ribut tropika Sonamu yang diramal membadai negeri-negeri Pantai Timur bermula Isnin.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkatasehubungan itu 66 pusat pemindahan akan dibuka di Kuantan, 84 di Pekan dan 31 diRompin.
Selain itu, semua pegawai daerah telah diarah menguar-uarkan ancaman ributtersebut kepada penghulu serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampungmasing-masing dan melakukan persiapan yang perlu, katanya kepada pemberita, disini malam Ahad.
Muhammad Safian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang, berkatanegeri itu juga mendapat bantuan daripada pasukan tentera darat yang berpangkalan di Johor yang akan digerakkan membantu mangsa apabila keadaan memerlukan.
Mereka yang kini ditempatkan di Kem 4 Briged, Kuantan akan menjadi pasukanpertama menghulur bantuan di kawasan terjejas ribut, katanya yang ditemuiselepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang.
Menurutnya sebanyak tiga helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia jugaberada dalam keadaan bersedia untuk digerakkan bagi menghantar bantuan kepadamangsa termasuk melakukan penerbangan ihsan.
Bagi penduduk di pulau-pulau pula, Tentera Laut Diraja Malaysia memberi jaminan akan menghantar bantuan kepada yang terjejas, katanya.
Beliau turut menasihatkan pekerja pembalakan, perlombongan dan nelayan agartidak ke kawasan berisiko sepanjang ribut melanda.
Jabatan Meteorologi Malaysia dilapor meramalkan ribut Sonamu melanda negeri-negeri di Pantai Timur mulai hari ini dan bagi negeri Pahang ribut itu dijangka membadai dari 9 hingga 10 haribulan ini dengan kelajuan angin mencecah sehingga 40 kilometer sejam.BERNAMA
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger