Headlines News :
Home » , , » Loji Lynas Kuantan Akan Mulakan Operasi Beberapa Minggu Akan Datang

Loji Lynas Kuantan Akan Mulakan Operasi Beberapa Minggu Akan Datang

Written By Zul Fikri on Monday, January 7, 2013 | 4:04 PM




MELBOURNE: Pelombong nadir bumi, Lynas menjangka mengeluarkan produk siap dari lojinya yang kontroversi di Malaysia dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Syarikat itu telah mentauliahkan unit perekah dan mengekstrak nadir bumi diloji galian canggihnya di Pahang, katanya dalam satu kenyataan.
Unit-unit itu kini mengeluarkan sulfat yang akan disuapkan ke dalam unit mengekstrak bagi pengeluaran akhir produk nadir bumi, katanya.
"Lynas menjangka produk nadir bumi komersil akan tersedia di loji itu di dalam Tempoh beberapa minggu akan datang," kata syarikat itu.
Harga saham Lynas melambung berikutan penyebaran berita itu, yang meningkatA4.5 cent atau 7.2 peratus kepada A67 cent pada jam 1146 AEDT pada Isnin, demikian menurut laporan Australian Associated Press.
Loji Lynas memulakan pengeluaran pada November, selepas terlewat disebabkantindakan perundangan oleh penentang operasinya, yang bimbang mengenai pencemarandan kemungkinan ancaman terhadap kesihatan.
Lombong nadir bumi Lynas dari Mt Weld di Australia Barat, yang merupakan elemen logam yang digunakan di dalam produk dari televisyen digital, pemain MP3 dan mentol lampu kalimantang. BERNAMA
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger