Headlines News :
Home » , , » Gambar Samsung Galaxy S4 telah tersebar di internet

Gambar Samsung Galaxy S4 telah tersebar di internet

Written By Unknown on Monday, January 7, 2013 | 10:12 AM




Satu gambar Samsung Galaxy S4 telah tersebar di internet. Desas-desus smartphone terbaru buatan  dari Korea Selatan ini telah muncul sejak bulan April tahun lalu.

Diberitakan Knowyourmobile, sebuah gambar smartphone Galaxy S4 model Samsung telah muncul secara online. Kebocoran gambar ini kemungkinan sengaja dipamerkan menjelang waktu pelancarannya rasminya, yang kabarnya pada 2013.

Gambar yang khabarnya ditangkap sebagai press shot Samsung Galaxy S4 ini, menampilkan smartphone dengan balutan casing berwarna putih. Sekilas tidak ada perbezaan yang ketara dengan Galaxy SIII. Khabar angin menyebutkan gadget tersebut akan dilancarkan pada Mei 2013.

"Kami tidak 100 peratus mengesahkan bahawa ini memang Galaxy S4. Namun, gambar yang dia kirim kepada kami nampak asli dan tidak nampak palsu sama sekali," ujar Sam Mobile.

Handphone dalam gambar juga tidak menampakkan tombol Home. Ini menandakan bahawa Samsung telah membuang tombol Home tradisional dalam mendukung user interface (UI) secara gerakan. (okezone)
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger