Headlines News :
Home » , , » 82 juta kondom Diedar secara percuma

82 juta kondom Diedar secara percuma

Written By Zul Fikri on Monday, January 7, 2013 | 10:30 AM



Argentina merancang mengedarkan kira-kira 82 juta kondom secara percuma di seluruh negara sepanjang 2013, dalam kempen menentang penyakit jangkitan seksual termasuk HIV, kata kementerian kesihatan. 

Kondom berkenaan akan diserahkan kepada pusat kesihatan, sekolah, penjara, bar dan kelab malam, selain rangkaian 3,000 pusat khas di agensi perkhidmatan awam. 


“Pemberian kondom bersama 17 juta gel pelincir, bertujuan memastikan kaedah yang digunakan dapat mencegah penyakit jangkitan seksual,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan. 


Pelincir membantu mencegah kondom koyak dan mengelak pengguna daripada melecet, yang boleh mengakibatkan darah tercemar menjangkiti pasangan. 

Di Argentina, 5,500 pesakit baru yang menghidap HIV dilaporkan setiap tahun dengan 90 peratus daripada jangkitan berpunca daripada mereka yang melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. 

“Bagaimanapun, kami mendapati jumlah pesakit baru berkurangan kepada 30 peratus sejak 2004, manakala kadar jangkitan pada 2010, ialah 11.7 kes bagi setiap 100,000 orang berbanding 17.3 sebelumnya,” katanya. Argentina mempunyai 40 juta penduduk dengan 30 juta daripada mereka berusia lebih 15 tahun. - Agensi
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger