Headlines News :
Home » , , , » Dua maut selepas Dijangkiti virus H1N1

Dua maut selepas Dijangkiti virus H1N1

Written By Unknown on Monday, January 7, 2013 | 9:53 AM



Beijing: Dua wanita China maut disebabkan jangkitan virus H1N1 di Beijing sejak 10 hari lalu, lapor media di sini. Jangkitan virus itu mula dilaporkan pada 2010. 

Seorang pesakit barah berusia 65 tahun meninggal dunia kelmarin manakala seorang pekerja berusia 22 tahun maut pada 27 Disember lalu, lapor Beijing Daily di laman webnya, memetik laporan Pusat bagi Mengawal dan Mencegah Penyakit. 


Kes selesema meningkat di Beijing pada tahap tertinggi sejak lima tahun lalu dan penghidap H1N1 adalah yang paling ramai, kata pengarah pusat itu,   DengYing. 

Ia berlaku ketika Beijing dan tempat lain di China dilanda cuaca sejuk. - REUTERS
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger