Headlines News :
Home » , , » Filem Lagenda Budak Setan 2..Di Kritik

Filem Lagenda Budak Setan 2..Di Kritik

Written By Unknown on Sunday, December 2, 2012 | 6:19 PM



FILEM sekuel Lagenda Budak Setan ini menyedihkan. Sedih kerana jalan cerita dan sedih kerana perjalanan filem ini yang terlalu perlahan.
Naskhah arahan Sharad Sharan ini menggunakan tragedi untuk mengumpan penonton bagaimanapun ia kelihatan lemau. Tragedi demi tragedi yang berlaku hasil adaptasi daripada novel Ahadiat Akasyah ini tidak diletakkan dalam mood dan perjalanan yang tepat.
Filem ini agak lembap sehingga merimaskan.
Daripada sudut lakonan, baik Farid Kamil mahupun Maya Karin serta Bront Palarae, mereka membawakan karakter dalam fasa yang sudah dijangkakan. Filem ini sebenarnya diselamatkan oleh kanak-kanak kecil bernama Athirah. Kehadirannya membuatkan filem itu mahu ditonton sehingga habis.

Tidak ada perkataan lebih baik untuk menjelaskan filem ini kecuali ia adalah sebuah tempelan filem Hindustan. Kesedihan berlarutan dan cinta yang tidak sampai itu sudah diceritakan panjang lebar dalam novel yang ditulis oleh Ahadiat. Olahan semula dalam bentuk visual membuatkan penonton tidak sabar mahu keluar panggung.
Filem ini mengisahkan tentang Kasyah (Farid) yang bertemu semula dengan Katerina (Maya) yang pernah singgah dalam hatinya. Namun pelbagai konflik muncul apabila keluarga Katerina tidak merestui perhubungan mereka. Selang cinta itu, ada pula Hisyam (Bront), bekas kekasih Katerina yang masih tergila-gilakan dirinya.
Secara jujurnya, penonton bakal tertarik untuk menonton filem Legenda Budak Setan 3: Kasyah yang sudah ditayangkan trailernya. Filem itu nampak lebih laju, psiko dan berjiwa.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger