Headlines News :
Home » , » Cara Budak Baru Habis SPM Cari Duit Poket

Cara Budak Baru Habis SPM Cari Duit Poket

Written By Unknown on Tuesday, December 4, 2012 | 9:45 PM


Seorang remaja lelaki yang baharu habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditahan berhubung kejadian pecah masuk rumah Ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini dua hari lalu yang mengakibatkan kerugian lebih RM100,000.
   
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah berkata remaja itu ditahan semalam di Permatang Pasir.
   
"Pelajar itu tinggal di kawasan yang sama dengan rumah Ketua Pemuda Umno berkenaan. Dia kini direman bagi membantu siasatan," katanya kepada Bernama.
   
Berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian tersebut dilakukan lebih  daripada seorang kerana peti besi yang mengandungi barangan berharga yang  dilarikan dari rumah Mohd Zaidi Mohd said, 43, agak berat untuk diangkat hanya seorang individu.
   
Antara barangan yang dilapor dilarikan ialah barang kemas, jongkong emas, komputer riba, geran tanah dan pelbagai dokumen lain serta sebuah  motosikal.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger