Headlines News :
Home » , » Sharnaaz Tetap Nikah Shila Walaupun Dihalang Keluarga

Sharnaaz Tetap Nikah Shila Walaupun Dihalang Keluarga

Written By Unknown on Sunday, February 3, 2013 | 9:32 PM



PETALING JAYA: Aktor Sharnaaz Ahmad akan tetap berpegang kepada pendiriannya untuk menjadikan Shila Amzah sebagai isteri walaupun berkemungkinan cinta mereka mendapat halangan keluarga.
Pemilik nama penuh Sharnaaz Basir Ahmad, 28, itu berkata, dia akan terus menunggu respons positif daripada kedua ibu bapa Shila iaitu ND Lala dan Fauziah Sarman dengan penuh sabar dan hormat bagi melaksanakan niat suci itu.
“Saya masih berpegang teguh pada pendirian dan keputusan untuk melamar Shila walaupun tidak dinafikan ia seperti tidak mendapat restu orang tuanya,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Jumaat.
Konflik terbaharu dalam hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor itu.
Aktor filem Juvana itu berkata, dia tidak akan berganjak daripada hasrat untuk memperisterikan Shila sekalipun ditentang oleh semua pihak.


“Kalau semua orang tak suka (untuk berkahwin), saya tidak peduli sebab yang hendak kahwin adalah saya dan Shila, bukannya saya hendak kahwin dengan orang lain.
“Berat dan payah macam mana pun, saya tetap bersabar dan tunggu sehingga keadaan beransur baik, insya-Allah,” katanya.
Ditanya adakah dia mendapatkan pandangan orang tuanya berhubung konflik itu, Sharnaaz berkata, ibu bapanya turut berkecil hati dan kecewa dengan situasi tersebut kerana dia dan Shila sudah saling mengenali dan berkawan dengan serius.
“Kalau diikutkan orang tua saya memang sangat kecewa dengan sikap ibu bapa Shila tetapi kami tetap perlukan restu dan ‘lampu hijau’ mereka kerana ini membabitkan soal kahwin dan bukan perkara kecil.
“Shila ada berpesan sebelum dia terbang ke China agar saya tunggu sehingga dia pulang semula ke Malaysia untuk perkembangan lanjut,” katanya yang kini sibuk di lokasi filemGila Baby arahan Kabir Bhatia.
Shila dan keluarganya tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan perkembangan masalah tersebut kerana mereka berada di China bagi urusan album penyanyi wanita itu.
Pada 20 September tahun lalu Shila berjaya mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai juara Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China.
Shila juga turut memenangi Lagu Terbaik menerusi lagu Patah Seribu dalam Anugerah Industri Muzik ke 19 (AIM19) yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam dekat sini pada 19 November 2012.

Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger