Gosip tentang perhubungan kedua pasangan ini akhirnya terjawab,ekoran Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta telah membuat kenyataan di akhbar Harian Metro bahawa dia akan bernikah dengan buah hatinya,Zain Saidin pada Julai 2013
Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi akhbar tersebut
Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing
Terdahulu,Zain Saidin secara terbuka meluahkan hasratnya untuk mengahwini Che Ta kepada media
Menyentuh mengenai perhubungannya dengan dua anak bujang Che Ta, Zain berkata, sejak awal lagi, dia dan anak-anak Che Ta tidak mempunyai sebarang masalah