1. Paris Hilton
Hilton adalah salah artis yang paling dibenci, ditambah dengan playgirl dan hanya menggunakankan nama besar keluarga Hilton untuk popular
2. Lindsay Lohan
Lohan memulai karier sebagai artis muda yang berjaya dan diramalkan menjadi bintang Hollywood besar dan akan berjaya. Namun, kelakuannya menghancurkan dirinya sendiri, seperti suka berpesta dan suka mabuk. Lohan pernah masuk penjara selama satu jam kerana memandu dalam keadaan mabuk dan juga masuk ke pusat ketagihan alkohol. Kewangan Lohan mula merosot kerana tabiat buruknya.
3. Spencer Pratt dan Heidi Montag
Kedua-dua bintang yang sudah menjadi pasangan suami isteri ini terkenal setelah membintangi program reality show MTV The Hills, bersama Lauren Conrad. Umum membencinya kerana tingkah laku mereka sangat membosankan, seperti mereka-reka cerita tentang keperawanan, payudara palsu, dan kehamilan. Perilaku mereka yang tak sopan juga membuat mereka semakin dibenci.
4. Perez Hilton
Mungkin tidak ada ramai dari anda yang tahu siapa Perez Hilton. Dia adalah seorang blogger terkenal di Hollywood dengan cerita-cerita yang kasar terhadap para artis. Perez adalah seorang gay dan perkara itu diakuinya secara jelas kepada media.
5. Denise Richards
Bekas gadis Bond ini dibenci kerana acara reality show-nya yang berjudul It's Complicated. Acara itu terlalu menunjukkan kehidupannya bersama bekas suami, aktor Charlie Sheen, bagaimana dia memutuskan untuk menikah dan akhirnya menyesal. Dia kelihatan teruk.