Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Tiz Zaqyah mengakui dirinya semakin bahagia apabila sudah bertemu pengganti yang kini menjadi kekasih barunya.
Menurutnya, jejaka yang bertaut di hati kini adalah rakan lama dikenali sejak zaman sekolah menengah. Namun, dia menyatakan lelaki itu bukanlah cinta monyet pada masa itu.
“Kami terjumpa semula selepas 11 tahun kenal. Hubungan kami menjadi rapat hanya beberapa bulan lalu dan buat masa ini kami masih mengenali satu sama lain lebih rapat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tiz atau nama sebenar, Siti Zaqyah Abdul Razak, 24, pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Remy Ishak, menyatakan hubungan cinta barunya itu sudah diketahui dalam kalangan peminatnya.
Tiz atau nama sebenar, Siti Zaqyah Abdul Razak, 24, pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Remy Ishak, menyatakan hubungan cinta barunya itu sudah diketahui dalam kalangan peminatnya.
Katanya, dia tidak kisah soal jodoh sama ada artis atau orang biasa. Malah, tiada perancangan menamatkan zaman bujang tahun ini kerana faktor diri masih muda.