Headlines News :
Home » , » Alam Flora bantu padam api

Alam Flora bantu padam api

Written By Unknown on Wednesday, February 13, 2013 | 9:55 AM



Kuala Lumpur: Empat kediaman di kawasan rumah panjang Blok C Jinjang Utara, di sini terbakar, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, bomba terpaksa meminta bantuan Alam Flora menghantar air bagi kerja memadam kebakaran berikutan tiga pili bomba yang terdapat di kawasan itu tidak berfungsi.
Seorang mangsa, M Chandran, 39, berkata, kejadian berlaku terlalu pantas hingga dia tidak mampu menyelamatkan barang berharga.
Katanya, dia yang sudah tinggal di rumah berkenaan lebih 20 tahun lalu hanya tinggal sehelai sepinggang.
“Saya bersyukur kerana isteri dan empat anak selamat dalam kejadian ini,” katanya.
Menurutnya, dia sekeluarga kini menumpang di dewan komuniti berhampiran buat sementara waktu bersama tiga keluarga lain.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang Rosli Haris berkata, pihaknya mendapat maklumat kebakaran pada jam 12 tengah hari dan jentera bomba pertama tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.
Katanya, ketika tiba, bomba cuba menggunakan air dari tiga pili bomba berdekatan, namun ia didapati tidak berfungsi.
“Kami terpaksa meminta bantuan Alam Flora untuk menghantar air,” katanya.
Beliau berkata, empat lagi jentera dikejarkan ke tempat kejadian iaitu dua dari Balai Bomba Jinjang dan masing-masing satu dari Sentul serta Jalan Hang Tuah dengan kekuatan seramai 23 anggota.

Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger