Headlines News :
Home » , » 17 bilion planet sebesar bumi

17 bilion planet sebesar bumi

Written By Zul Fikri on Sunday, February 10, 2013 | 2:59 PM


Kajian kapal angkasa dedah penemuan terbaru di galaksi Bima Sakti 

Washington: Satu analisis terbaru ke atas data kapal angkasa lepas Kepler mendedahkan bahawa kira-kira 17 peratus bintang mempunyai planet sendiri yang sama saiz dengan bumi pada satu orbit berhampiran planet Utarid. 



Ini bermakna, ada kira-kira 17 bilion planet mempunyai saiz yang sama dengan bumi berikutan anggaran bahawa galaksi Bima Sakti mempunyai kira kira 100 bilion bintang. 


Guna kaedah transit 

Bagi mengesan planet berkenaan, Kepler menggunakan kaedah transit membabitkan pemerhatian ketika sesetengah planet merentasi bintangnya dan menghasilkan gerhana mini yang akan menyebabkan cahayanya menjadi suram. 

Dalam tempoh 16 bulan pertama penyelidikan sebanyak 2,400 planet dikenal pasti, tetapi pakar astronomi masih bimbang Kepler mungkin tersilap ketika mengenal pasti sesetengah isyarat dan tertinggal planet berkenaan. 

Pakar dari Pusat Astrofizik Harvard Smithsonian (CfA) Francois Fressin, bersama sekumpulan rakannya, membuat simulasi penyelidikan Kepler dan berjaya membetulkan beberapa kesilapan dan senarai tidak lengkap senarai planet itu untuk membetulkan kedudukan sebenar planet bersaiz sama dengan bumi yang mengorbit bintang lain. 
Hasil penemuan mereka akan disiarkan dalam Jurnal Astrophysical. 

“Ada satu senarai cara kiraan astrofizikal yang membolehkan isyarat bukan dari planet diterima, tetapi ia hanya kira-kira satu persepuluh daripada sejumlah besar planet yang dikesan Kepler, manakala semua isyarat lain adalah planet sebenar,” katanya. - AGENSI
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger