Headlines News :
Home » , » 78 Mayat Dijumpai Dalam Sungai

78 Mayat Dijumpai Dalam Sungai

Written By Unknown on Thursday, January 31, 2013 | 8:02 PM



BEIRUT - Sekurang-kurangnya 78 mayat lelaki diselaputi lumpur dan tangan terikat ke belakang dipercayai ditembak di kepala dijumpai di dalam Sungai Queiq berdekatan kejiranan Bustan al-Qasr, Aleppo, semalam.

Pertubuhan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia berpangkalan di Britain berkata, maklumat diterima dari rangkaian monitor menunjukkan, ia adalah pembunuhan beramai-ramai dan angka kematian boleh meningkat kepada 80 orang.

“Kami mendapati mangsa kebanyakannya mempunyai kesan tembakan di kepala dan berusia lingkungan 20 dan 40 tahun,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan 15 tahun antara yang maut.

Sementara itu, pejuang pemberontak mendakwa, sebanyak 78 mayat dikeluarkan dari sungai itu dan 30 mayat lain masih berada di dalam sungai itu.

“Kesemua mayat sukar dikeluarkan berikutan penembak tepat rejim kerajaan sentiasa memantau kawasan ini,” katanya. Pengantara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Liga Arab, Lakhdar Brahimi memberitahu Majlis Keselamatan PBB, keadaan di Syria sudah di tahap kritikal, justeru beliau merayu kepada 15 majlis negara untuk mengatasi kebuntuan dan mengambil tindakan bagi membantu menamatkan perang saudara di sana.

Sepanjang konflik tercetus, 60,000 orang dilaporkan maut dalam pertempuran membabitkan tentera Presiden Bashar Al Assad dan kumpulan Tentera Pembebasan Syria. - Reuters
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger