Headlines News :
Home » , , » Rihanna telah menyumbangkan RM4.2 juta kepada Hospital Queen Elizabeth

Rihanna telah menyumbangkan RM4.2 juta kepada Hospital Queen Elizabeth

Written By Zul Fikri on Wednesday, December 26, 2012 | 10:23 AM




PENYANYI Rihanna telah menyumbangkan tiga jenis peralatan perubatan yang bernilai USD1.74 juta (RM4.2 juta) kepada tempat kelahirannya di Hospital Queen Elizabeth, Barbados.
Sumbangan itu dibuat menerusi Yayasan Clara Lionel, bersempena dengan memori terhadap nenek penyanyi itu, Dolly yang meninggal dunia pada Jun lalu akibat penyakit kanser.
"Ini adalah cara saya membalas jasa penduduk Barbados yang banyak menyokong saya dengan menderma sesuatu yang boleh memanfaatkan kepada semua.
"Saya percaya ia (sumbangan) dapat memberikan impak yang luar biasa kepada masyarakat Barbados. Ia dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka," katanya kepada laman portal Newkerala.
Ketika nenek penyanyi berusia 24 tahun itu sakit tenat, dia sering memuat turun foto-fotonya di hospital berkenaan.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger