Headlines News :
Home » , , , , » Mike Tyson Bengang Brat Pitt tiduri isterinya

Mike Tyson Bengang Brat Pitt tiduri isterinya

Written By Zul Fikri on Tuesday, December 18, 2012 | 12:39 PM





MIKE Tyson mendedahkan, dia menemui isterinya tidur bersama bintang terkenal Hollywood, Brad Pitt, dan bagaimana dia “berasa begitu marah” atas kejadian itu.

Lelaki berusia 46 tahun itu berkata, walaupun ketika dalam proses menceraikan isterinya, aktres Robin Givens, dia akan singgah di rumah Robin untuk mengadakan hubungan seks sebelum pergi bertemu peguamnya dan menuduh isterinya itu sebagai “babi” yang mencuri duitnya.



Dalam apa yang digelar “cinta tiga segi dengan Pitt,” pelakon The Hangover itu memberitahu rancangan bual bicara, In Depth with Graham Bensinger, dia “merasa marah meluap-luap” sebelum menambah: “Anda patut tengok muka Pitt bila dia nampak saya.”

Perkahwinan antara Robin dan Tyson terkenal disebabkan ia terlalu singkat pada tahun 1980-an, kemudian terkenal sebab keganasan rumah tangga.


Ketika pasangan itu berkahwin pada 1988, Tyson dianggarkan bernilai AS$50 juta (RM152.2 juta).

Robin memfailkan perceraian tiga bulan kemudian atas dakwaan didera dan dikatakan menerima wang pampasan perceraian melebihi AS$10 juta (RM30.4 juta)


Seorang graduan dari Universiti Harvard, ramai percaya Robin hanya mahukan wang Tyson. Sebelum ini dia pernah berpacaran dengan Eddie Murphy dan Brad Pitt,

Tyson memberitahu Bensinger: “Saya memang dalam proses menceraikannya, tetapi sebelum saya pergi ke pejabat peguam, saya akan singgah ke rumahnya untuk mengadakan hubungan seks.”

Tyson, yang pada 2010 mengaku bersetuju untuk memainkan watak filem, sebagai dirinya sendiri, dalam filem The Hangover, untuk membiayai ketagihan dadah, baru-baru ini mendedahkan dia ketagih kokain, ketika menjalani penggambaran watak undangan dalam filem berkenaan, sebelum dia menjadi terkenal sebagai pelawak kategori ‘R’ di Amerika Syarikat.

Bekas juara tinju heavyweight dunia itu, yang juga peminat pengarah filem Old School, Todd Phillip memberitahu Yahoo! Sports: “Hidup saya memang tidak terurus. Berat badan saya naik, saya ketagih kokain.”

Tyson memberitahu Bensinger, dia hanya bersetuju berlakon dalam filem itu untuk membiayai ketagihan dadahnya.

“Mereka pasti tahu mengenai keadaan diri saya yang tak terurus. Saya tak boleh bercakap. Saya khayal dadah,” kata Tyson merujuk kepada Ed Helms, Bradley Cooper, Zach Galifianakis dan Justin Bartha.

“Mereka semua pelakon hebat. Mereka menjaga saya dan saya sangat menghargainya.
Kemudian mereka meminta saya kembali berlakon (untuk filem Hangover 2),” katanya.

Pada 2007, peninju itu didakwa kerana memiliki dadah dan memandu dalam keadaan khayal. Selepas itu, Tyson dimasukkan ke pusat pemulihan atas kesalahan yang sama.

Tyson yang kini telah berkahwin dengan isteri ketiganya, Lakiha Spencer, bercerita bagaimana dia terserempak dengan pelakon Head of the Class (Robin) itu pulang ke rumah bersama Pitt.

“Saya sangat marah. Saya rasa mahu... anda patut lihat mukanya bila dia nampak saya,” kata Tyson.

Tapi bekas peninju itu sudah melupakan skandal berkenaan.

Dia menulis di laman Twitternya Sabtu lalu untuk mengingatkan peminatnya mengenai rancangan, Mike Tyson:Undispute Truth (Mike Tyson: Kebenaran Tidak Boleh Dipertikaikan) akan memulakan jelajah negara selama 10 minggu di 36 bandar.

“Rancangan #OneManShow akan mula menjelajah bermula Februari 2013,” tulis Tyson kepada 2.9 juta pengikutnya.

Rancangan dua jam itu, yang mendedahkan segala rahsia diarahkan oleh Spike Lee dan dipersembahkan selama 11 hari di Broadway di Teater Longacre, Ogos lalu.

Ia mendedahkan kisah perkahwinan Tyson, perceraian, lapan anak, dakwaan rogol, masalah marah yang dihadapi dan cuping telinganya yang digigit oleh Evander Holyfield.

Tyson tidak akan melakonkan kembali watak pelik untuk kali ketiga dalam filem The Hangover yang penuh dengan kisah orang mabuk.

The Hangover Part III ini dijangka ditayangkan pada 24 Mei, 2013 dan khabarnya menumpukan kepada Phil dan Stu (Cooper dan Helms) melarikan Alan (Galifianakis) dari hospital sakit mental.

Namun begitu, peninju itu memberitahu TMZ: “Saya tak tahu apa yang akan berlaku dalam filem ini.”


Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger