Headlines News :
Home » , , , , » Mangsa Di Pukau Dalam Bilik Hotel Sebelum Dirompak

Mangsa Di Pukau Dalam Bilik Hotel Sebelum Dirompak

Written By Zul Fikri on Tuesday, December 18, 2012 | 12:28 PM





Seorang lelaki warga asing cukup licik apabila memilih hotel sebagai ‘markas’ untuk memudahkannya melakukan amalan pemujaan bagi memukau mangsa yang datang ke biliknya sebelum menghilangkan diri sebaik mangsa menyerahkan wang dan barang berharga.

Lelaki terbabit juga menjadikan pekerja dan tetamu hotel sebagai mangsa.

Lebih mengelirukan, lelaki berusia 30-an itu menggunakan kad pengenalan palsu ketika mendaftar bilik selain mempunyai pelbagai nama.


Menurut pengurus sebuah hotel di Jalan Ipoh yang mahu dikenali sebagai Munira, 27, empat pekerjanya sudah menjadi mangsa ekoran terpedaya dengan kata-kata lelaki terbabit selain seorang tetamu hotel yang hampir ditipu RM10,000.

“Tetamu hotel saya nyaris menjadi mangsa lelaki terbabit ketika mereka terserempak di lobi hotel ketika lelaki itu memberitahu kononnya selepas ditilik mangsa terkena sihir. “Bagi memulihkan penyakit itu, mangsa diminta bertemunya di bilik hotel bersama wang tunai iaitu bayaran perubatan RM10,000,” katanya.


Bagaimanapun, Munira berkata, mangsa meminta diri pulang ke biliknya untuk membersihkan diri dan berjanji datang ke bilik lelaki terbabit selepas mengeluarkan wang simpanan.


“Ketika itu, mangsa seolah-olah tersedar dengan tindakannya dan mencurigai kata-kata lelaki itu. Saya mengesyaki lelaki terbabit mungkin menggunakan ilmu hitam sebagai taktik menipu mangsa supaya arahannya dituruti,” katanya.

Selain itu, seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Halimah, 43, yang bekerja di hotel berkenaan berkata, dia tidak menyangka kebaikan yang ditunjukkan lelaki itu hanya lakonan sebelum dia ditipu.


“Saya dan rakan mengenali lelaki itu selepas beberapa kali terserempak dengannya di kawasan hotel. Memandangkan dia sudah lebih seminggu tinggal di sini, hubungan kami semakin rapat sebelum saya meminta pertolongannya untuk menguruskan permohonan mendapatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

Katanya, lelaki itu memberitahu akan menghantar permohonan Halimah kepada kenalannya di DBKL selain meminta bayaran RM430 dan sebentuk cincin.


“Saya ternampak beberapa peralatan pemujaan di atas katil bilik lelaki terbabit selain bau asap kemenyan ketika menemuinya, tetapi masih menurut arahannya untuk menyerahkan wang dan cincin berkenaan,” katanya.


Selain Halimah, tiga lagi rakannya turut menjadi mangsa kaki belit itu yang menyebabkan kerugian lebih RM3,000 sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Komuniti Putra semalam.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger