Headlines News :
Home » , » Legoland Malaysia akan menghadkan bilangan Pengunjung

Legoland Malaysia akan menghadkan bilangan Pengunjung

Written By Unknown on Monday, December 17, 2012 | 6:23 PM



Legoland Malaysia akan menghadkan bilangan kemasukan ke Taman Legoland Asia yang pertama itu apabila diperlukan semasa waktu puncak bagi memastikan kesemua tetamu menikmati pengalaman berkualiti di taman itu.
   
Dalam satu kenyataan, Legoland berkata taman itu menikmati sambutan yang baik sejak 15 September, 2012.
   
"Kami menghargai sokongan awam yang besar dan menyumbang kepada kesibukan itu, terutama sekali semasa cuti umum. Pada Sabtu, berikutan ramai pengunjung, kami menghadkan sementara bilangan pengunjung dari jam 12 tengah hari hingga 2.00 petang," katanya.
   
Walau pun Legoland mempunyai kapasiti yang besar, katanya ia memberi keutamaan bahawa sesiapa yang berada di taman itu dapat menghargai sepenuhnya keunikan dan interaktif pengalaman Legoland.
   
"Kami menghargai kesemua tetamu kami dan kualiti mereka berada di taman itu adalah penting bagi kami. Sambil memastikan komitmen memastikan tetamu menikmati tempoh masa dengan keluarga dan kawan, kami kemungkinan melaksanakan langkah ini dari semasa ke semasa apabila perlu," katanya.
   
Legoland berkata cuti umum dan hujung minggu adalah masa paling sibuk bagi Legoland Parks di seluruh dunia.
   
"Kami ingin mengingatkan tetamu bahawa datang awal pada masa itu adalah cara terbaik menikmati seharian penuh yang dapat ditawarkan oleh Legoland Malaysia," kata kenyataan itu.
   
Pengunjung juga digalakkan melawat pada hari biasa. Taman itu dibuka setiap hari sehingga jam 8.00 malam setiap hari pada Disember.
   
Bagi para pemegang Pas Tahunan, Legoland berkata ia mencadangkan mereka melawat semasa hari bukan puncak bagi memaksimumkan masa masing-masing di taman itu.
   
Kebanyakan pemegang pas di taman lain mengelakkan masa/hari sibuk kerana tahu mereka boleh datang pada bila-bila masa dalam tahun berkenaan.
   
Pengunjung yang telah membeli tiket lebih awal secara online atau melalui pakej lawatan akan dibenarkan masuk ke taman itu.
   
Legoland menggalakkan pengunjung yang berhadapan masalah untuk masuk supaya menghubungi para pegawai di kaunter bagi mendapatkan maklumat lanjutan atau bantuan.
   
Bagi membantu pengunjung merancang lawatan masing-masing, Legoland juga menyediakan maklumat di laman webnya, (www.legoland.my) dan di laman Facebook.
   
Rangkaian yang sama digunakan bagi memberi notis awal pada Sabtu.
   
Legoland Malaysia menawarkan lebih 40 tarikan dan pertunjukan.  - Bernama
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger