Headlines News :
Home » , , » Pelajar perempuan jadi sasaran Penjenayah Jordan

Pelajar perempuan jadi sasaran Penjenayah Jordan

Written By Unknown on Saturday, December 1, 2012 | 1:37 PM



Kira-kira 3,000 penuntut Malaysia di Jordan, terutama pelajar perempuan kini diselubungi ketakutan selepas menjadi sasaran penjenayah tempatan. 

Kes itu antaranya membabitkan serangan seksual, pecah rumah, ragut, samun dan ugutan bunuh di negara itu. 


Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia - Jordan (MPMMJ), Ahmad Kailani Zahari mendedahkan lebih 70 aduan diterima sehingga kini sekali gus mengundang kebimbangan mereka untuk meneruskan pengajian di sana.


“Berdasarkan aduan yang diterima, kebanyakan mangsa pelajar perempuan... ada yang diraba pemandu teksi ketika dalam perjalanan ke universiti, malah ada kes membabitkan pelajar perempuan kita dipeluk pengusaha kedai runcit ketika membeli barangan keperluan harian. 

“Kes sebegini jarang ber laku, namun semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini membabitkan serangan fizikal ke atas mangsa sehingga mendatangkan trauma,” katanya. 

Beliau mengulas kejadian seorang pelajar perempuan Malaysia cedera disamun sekumpulan lelaki Arab ketika sedang dalam perjalanan menghadiri program di Rumah Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Yarmouk, Irbid kira-kira 70 kilometer dari Amman, Ahad lalu. 

Dalam kejadian jam 7 malam waktu tempatan itu, Nabilah Yaakob, 21, pelajar Tahun Empat Ijazah Pergigian di Universiti Sains dan Teknologi Jordan cedera di tangan.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger