Headlines News :
Home » » Jimat Minyak Kereta..Bhg 2

Jimat Minyak Kereta..Bhg 2

Written By Unknown on Sunday, November 4, 2012 | 11:48 AM


Entri kali ni adalah sambungan dari Jimat Minyak Kereta..Bhg 1

1.Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh singgah beli barang rumah kat memana berdekatan. So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta lagi.. minyak pun save...

2.Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 
peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta.

3.Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk..atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.

4.Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh perlu bijak tekan pedal accelerator dengan berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa bersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang Circuit...

5.Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda akan bertambah geseran dan perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk bergerak.

6.Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. kalo KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan  utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi mereka yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan minyak daripada manual.

7.Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis ... Tukar minyak pelincir mengikut jadual selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.

8.Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja. 

9.Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah semakin popular sejak kenaikan harga petrol. Sehingga kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran. Apa yang bagusnya adalah anda boleh ‘switch’ memana jenis minyak anda mahukan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh. Cumanya perlukan ruang di belakang kereta anda untuk letakkan tangki NGV dan ini akan makan space sedikit. Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu dalam lingkungan RM0.635 seliter. Untuk info lanjut, anda disarankan mencari NGV installer yang bertauliah dan dapatkan pandangan yang boleh dipercayai di forum AutoWorld.

10.Tip saya yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive income anda...Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakan perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable, maka ia tidak akan menjadi masalah di masa akan datang sekiranya harga petrol naik lagi. Lagipun dalam hadis Nabi ada menyatakan 9/10 punca rezeki itu datangnya dari perniagaan. Sepatutnya kita praktikkan sunnah ini yang mana hikmahnya besar.

Terima kasih kerana sudi membaca dan selamat berblog............
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger