Di sini saya akan memberikan cara praktikal secara ringkas dan padat untuk menjimatkan minyak petrol anda dengan mudah. Kita boleh jimat petrol lebih banyak jika mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
pelbagai bahagian teknikal kereta yang sememangnya berkaitrapat antara satu sama lain. Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan setiap sen yang kita belanjakan.
1.Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak
cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja. Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
3.Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan
mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
4.Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.
5.Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.
6.Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
7.Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.
8.Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak.
9.Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
10.Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.