Headlines News :
Home » , » APA ITU EPISTAXIS??

APA ITU EPISTAXIS??

Written By Unknown on Tuesday, November 27, 2012 | 8:29 PM




Epistaxis merupakan satu keadaan pendarahan dari hidung yang keluar melalui lubang hidung. Terdapat dua jenis pendarahan ini iaitu Anterior (bahagian depan iaitu jenis yang sering terjadi) dan Posterior (bahagian belakang). Dalam kes tertentu, darah mungkin berasal dari sinus dan mata. Selain itu, pendarahan yang terjadi dapat masuk ke saluran pencernaan dan dapat mengakibatkan muntah. Umumnya, epistaxis boleh disebabkan oleh trauma yang berlaku seperti kemalangan jalan raya, bersukan (terkena pukulan pada hidung), mengorek hidung terlalu kuat sehingga luka pada mukosa hidung, terdapat tumor di hidungatau juga keradangan hidung dan sinus. Pendarahan hidung juga boleh terjadi disebabkan oleh demam berdarah (denggi) atau cikungguya, kelainan darah seperti hemofili, autoimun trombositipenic purpura. Kematian akibat pendarahan hidung adalah jarang, namun jika disebabkan kerosakan pada arteri maxillaries dapat mengakibatkan pendarahan teruk melalui hidung dan sukar untuk disembuhkan.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger