Headlines News :
Home » , , » 2.3 Billion penonton Tunggu MAMA Tahun ni

2.3 Billion penonton Tunggu MAMA Tahun ni

Written By Unknown on Friday, November 30, 2012 | 2:19 PM




KHUSUS buat peminat K-Pop! Satu majlis anugerah bersandarkan senario muzik Korea, Mnet Asian Music Awards 2012 (MAMA 2012), kembali dianjurkan bagi tahun keempat.
Kali ini MAMA 2012 akan ke udara secara langsung dari Hong Kong Convention and Exhibition Centre (HKCEC) bagi tatapan semua peminat di seluruh dunia. 
MAMA asalnya bermula dari Mnet KM Music Festival (MKMF) yang dilancarkan sejak 1999 dan kemudiannya menjadi festival muzik terbesar di Korea. Seterusnya ia ditukar kepada Mnet Asian Music Awards pada 2009.

Sebagai penghargaan kepada peminat seluruh Asia terhadap musik K-Pop dan K-Culture, MAMA buat julung kali diadakan luar dari Korea iaitu di Macau, China pada 2010 diikuti Singapura pada 2011

MAMA 2011 setakat ini berjaya menarik lebih 1.9 bilion penonton apabila disiarkan di 20 negara serta menerusi 13 medium ‘online’.

Tahun ini, MAMA 2012 akan dipancarkan ke 85 negara dan dianggarkan bakal ditonton 2.3 bilion penonton di seluruh dunia.

Seperti tahun sebelumnya, saluran hip 8TV tidak ketinggalan untuk menghidangkan siaran tertunda anugerah muzik terhebat ini kepada penonton. MAMA 2012 akan mula menemui anda jam 9.30 malam ini eksklusif di 8TV.

Segmen yang paling dinantikan penonton semestinya persembahan hebat artis popular Korea. Pentas MAMA tahun ini akan dihangatkan nama-nama besar antaranya Psy, BigBang, Super Junior, Sistar dan ramai lagi kumpulan popular.

Sekiranya tahun lalu penonton dihiburkan dengan persembahan artis antarabangsa Will.I.Am dan Apl.De.Ap daripada Black Eyed Peas, tahun ini MAMA 2012 menerbangkan dua penyanyi dari Amerika Syarikat iaitu Adam Lambert dan Bob.

Dengan senarai terkini artis yang bakal membuat penampilan pada anugerah MAMA 2012, 8TV menjanjikan penonton rancangan yang sememangnya terhebat lagi menghiburkan.

Antara nama besar yang akan menyerikan majlis anugerah ini termasuklah Jung Woo Sung, Song Seung Heon, Song Joong Ki, Yoon Eun Hye, Han Chae Young, Lee Dong Gun, Jung Il Woo, Kim Sung Soo, Kim Kang Woo, Oh Ji Ho, Jung Gyu Woon, Cho Yoon Hee, Ko Joon Hee, Yoon Si Yoon dan Park Shin Hye.

Pelakon popular Jackie Chan dan penyanyi popular Taiwan, Wang Lee Hom turut hadir memeriahkan suasana penuh gemilang.

Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul berkata, fenomena K-Pop yang melanda seluruh dunia membuatkan mereka sendiri teruja untuk menyiarkan anugerah berprestij ini melalui 8TV.

“Misi kami adalah untuk menyampaikan kandungan hiburan yang segar, sekali gus memenuhi selera penonton. Disiarkan di 85 negara, kami yakin Mnet Asian Music Awards 2012 (MAMA) akan mampu mara sebagai salah satu rancangan yang mendapat sambutan hebat,” katanya.

Anda juga berpeluang menyaksikan artis popular pada acara karpet merah MAMA 2012 yang disiarkan secara langsung menerusi www.tonton.com.my. jam 4 petang.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Ikuti juga perkembangan terkini 8TV di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts atau instagram @8TV.

Share this post :

+ comments + 1 comments

November 30, 2012 at 3:23 PM

K-pop, k-Pop n K-pop..

Post a Comment
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger