Headlines News :
Home » , , » Adakah Rokok elektronik perlu di haramkan?

Adakah Rokok elektronik perlu di haramkan?

Written By Unknown on Tuesday, March 26, 2013 | 5:34 PM


Baru-baru ini sinar harian ada menyiarkan mengenai pengharaman e-rokok yang dibantah oleh komuniti tersebut. Komuniti pengguna rokok e-elektronik tersebut meminta supaya kerajaan memberikan penerangan yang lebih jelas dan terperinci berkenaan pengharaman penjualan rokok e-elektronik tersebut. Mereka mendakwa pengharaman tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
Mohammad Mansor Abdullah, adalah individu pengamal perubatan alternatif berkata, beliau keliru mengenai pengharaman penjualan rokok tersebut kerana ia telah beberapa tahun berada di pasaran negara ini. Beliau juga menyatakan penjualan di Terengganu sahaja telah bertapak kira-kira 2 tahun lalu dengan bilangan penguna hampir 5,000 orang. Dan baru-baru ini baru keluar pengumuman bahawa ia diharamkan!.. Sebagai seorang pengguna, beliau meminta penjelasan yang lebih terperinci.
Menurutnya lagi, bahan asas rokok  e-elektronik yang terdapat di dalam cecair e-liquid tidak melebihi lima bahan, iaitu nikotin, ethyl maltol, glycerol dan propylene glycol. Beliau juga mendakwa selain bahan-bahan tersebut selebih daripadanya ialah bahan perisa yang mana boleh di dapati didalam bahan makanan ringan
Beliau juga membandingkan dengan rokok tembakau yang mengandungi 4,000 bahan beracun berbanding yang terdapat di dalam e-rokok malah biasanya jumlah nikotin yang terdapat dalam e-rokok adalah sebanyak 12 miligram (mg) dalam setiap 1 mililiter (ml) cecair rokok berkenaan.
Pada 21 Januari lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Beliau berkata, mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.
Salah seorang pengguna rokok elektronik, Muhd Kamaruzzaman Mahmud mendakwa, sepanjang hampir setahun menggunakan rokok berkenaan, tahap ketagihannya terhadap rokok konvensional semakin berkurangan. Beliau juga mendakwa badannya semakin sihat dan tidak lagi merasa letih dan lesu jika dibandingkan dengan menghisap rokok konvensional sebelum ini. Dan beliau juga tidak percaya jiga ada yang mengatakan e-rokok menjadi punca penyakit kronik.
Ingin tahu lebih lanjut apa pandangan dunia atau apa yang berlaku di seluruh dunia mengenaie-Rokok atau Rokok elektronik ini. Boleh rujuk di wikipedia.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger