” Spirit of the coin ” sebuah permainan yang sangat terkenal suatu masa dahulu . Sekarang pun mungkin ada juga orang yang masih main permainan ini.
Apa itu permainan ” spirit of the coin ” sebenarnya ?
Sebenarnya ” spirit of the coin ” bukan sebuah permainan sebaliknya sebuah kaedah untuk berhubung dengan roh orang yang meninggal dunia. Kaedah ” spirit of the coin ” digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang telah meninggal dunia.
Kaedah ini biasanya digunakan untuk :
- Tanya khabar orang yang meninggal dunia.
- Mengetahui kedudukan roh.
- Berkomunikasi dengan roh.
- Minta bantuan secara ghaib
- Mencari barang / orang yang hilang.
- Untuk mengetahui cara matinya : kemalangan atau dibunuh dan sebagainya
- Untuk tanya sesuatu yang penting seperti : Password , no pin , kedudukan harta.
Apa yang berlaku dalam ritual ” spirit of the coin ” ?.
Setelah lengkap papan atau kertas ” Ouija ” yang dilengkapi dengan tulisan A-Z , Nombor 0-9 , ” Yes ” , ” No ” , ” Home ” dan ” Good Bye ” . Kita boleh menjemput sesebuah roh yang tertentu atau memanggil sebuah roh secara rambang untuk berkomunikasi dengannya. Apabila sebuah roh hadirkan diri , Kita perlu tanya beberapa soalan untuk memastikan yang hadir itu adalah roh yang kita inginkan. Setelah memastikan ia adalah roh yang kita inginkan , Kita boleh mula tanya apa yang kita inginkan atau berbual dengannya.
Selalunya banyak roh yang berkeliaran dengan keinginan untuk berbual dengan manusia. Sama ada roh saudara mara kita atau orang luar. Banyak roh terdapat disekeliling kita tetapi kita tidak dapat nampak dengan mata kasar kerana kebolehan kita terhad . Orang yang melatih Yoga , Meditasi dan kuat sembayang dapat merasai kehadiran mereka.
Semua manusia dijaga dan dipelihara oleh sebuah kuasa khas yang ditugaskan untuknya. Sebab itulah kita tidak diganggu oleh roh atau makhluk halus. Apabila seseorang mula bermain ” spirit of the coin ” , dengan rela hatinya dia membuka ikatan kawalannya dan membenarkan makhluk halus masuk kedalam kehidupannya. Apabila sebuah roh hadir ia akan memasuki badan orang itu dan menjawab soalannya dan keluar selepas proses tersebut. Ritual ini perlu dikendalikan oleh seseorang yang berilmu tinggi dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan roh.
Kadang-kadang dalam beberapa kes roh yang tersesat atau roh orang yang mati terseksa akan memasuki kedalam ritual ini dan berlakun seperti roh orang yang kita maksudkan . Jawapan yang salah dan jawapan yang mengelirukan akan diberikan olehnya kerana dia tidak dapat berhubung dengan alam roh. Dalam kes sebegini roh jahat atau roh yang berhawa nafsu tinggi tidak akan meniggalkan orangnya selepas ritual ini selesai sebaliknya ia akan mengekorinya dan mengganggunya seumur hidup.