Pasir Puteh: Perkahwinan yang dikatakan tidak direstui selama tiga tahun semakin pahit untuk dilalui seorang ibu muda apabila dia mendakwa menjadi mangsa belasahan keluarga mentuanya yang mengikat kedua-dua kaki dan tangannya sebelum disepak bertubi-tubi dalam kejadian di Kampung Batu Sebutir, pagi kelmarin.
Lebih menyedihkan apabila mangsa yang berusia 29 tahun itu merayu supaya tindakan terbabit dihentikan, namun ia tidak diendahkan, malah kepala mangsa dihantuk ke dinding rumah dalam kejadian jam 7 pagi itu.
Kejadian itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum dibawa pulang ke rumah kakaknya di Kampung Padang Pak Amat, di sini, dan ditahan di wad semalaman di Hospital Tengku Anis (HTA) untuk rawatan.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Liza berkata, pada mulanya dia berselisih faham dengan suami berusia 34 tahun sebelum lelaki itu keluar rumah akibat tidak berpuas hati apabila ditegur kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Ibu mentuanya kemudian melarikan anak lelakinya yang berusia 12 bulan ke rumah saudara terdekat supaya tidak melihat kejadian itu.