Gara-gara membebel, seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila diserang dengan penyapu oleh adik lelakinya dalam satu kejadian di kediaman mereka di Kampung Duyong, Seberang Takir, di sini, pagi kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa berusia 30-an dipukul apabila suspek, 28, berang mendengar bebelan mangsa yang menegurnya kerana suka bangun tidur lewat.
“Sebelum ini, mangsa sering membebel menasihati suspek yang boleh dikatakan hampir setiap pagi bangun lewat, bagaimanapun, mungkin semalam (kelmarin), kesabaran suspek tercabar.
“Pada mulanya, suspek hanya mendengar bebelan mangsa yang tidak berhenti dari awal pagi berhubung sikapnya yang suka bangun lewat sebelum ‘naik hantu’ mencapai penyapu di dapur menyerang mangsa,” katanya.
Namun, mangsa bernasib baik hanya mengalami cedera ringan sebelum bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, beberapa jam kemudian.
Suspek ditangkap di rumahnya pada jam 6 petang kelmarin, untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Bagi kesalahan itu, suspek boleh dipenjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dan tangkapan suspek.