WINDOWS 8
MICROSOFT sudah lama tidak mengemaskini sistem operasinya selepas pelancaran Windows 7 iaitu kira-kira tiga tahun lalu.
Malah, disebabkan persaingan yang sengit, syarikat itu akhirnya melancarkan sistem operasi Windows 8 yang mesra dua peranti iaitu komputer peribadi (PC) dan tablet sekali gus menggembirakan kebanyakan pengguna walaupun ia hanya sampai di Malaysia pada Oktober lalu.
Tablet Android seakan ‘memerintah’ pada 2011 tapi tahun ini ia mungkin lonjakan Windows 8 dan Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2012 Januari lalu menjadi platform untuk memaklumkan kepada pengguna kesediaannya dipadankan bersama pasaran tablet.
TELEFON QUAD CORE
PENGGUNA perlu bersedia mengenai teknologi baru telefon dengan kuasa Quad Core yang bermakna, kelajuan telefon akan bertambah untuk memproses kerja dilakukan.
Buat pertama kali, telefon berkuasa Quad Core akan ditampilkan dengan pemampatan pemprosesan seperti nVIDIA Tegra 3 dan Qualcomm Snapdragon S4.
Pasaran pertama telefon pintar berasaskan Quad Core akan mula melihat model dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2012 dan ramai pemerhati teknologi menjangka ia masa depan mudah alih di dunia.
SYARIKAT MALAYSIA TEMBUSI LEMBAH SILIKON
SYARIKAT teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan, Terato Tech Sdn Bhd (Terato) berjaya menyusup ke Lembah Silikon di San Francisco, Amerika Syarikat dalam usahanya mengembangkan operasi syarikat ke negara berkenaan.
Ia sekali gus menjadikan Terato sebaris dengan syarikat antarabangsa yang bertapak di hab ICT dunia itu seperti facebook, Intel, Google, twitter, Yahoo!, eBay dan banyak lagi.
Pengarah Urusannya, Reza Razali patut berbangga dapat membawa masuk nama Malaysia di persada antarabangsa terutama berkaitan industri pembangunan aplikasi.
Antara tujuan utama Terato bertapak di sana adalah disebabkan pembangunan dan pelancaran beberapa produk yang lebih fokus kepada pengguna di Amerika Syarikat selain langkah penting untuk mengglobalkan syarikat terbabit.
Reza yang baru berusia 28 tahun menumpukan operasi pemasaran di pejabat baru dalam usaha menaikkan jenama produk dan syarikat.
KEBANGKITAN DIABLO
SUDAH lama game terkemuka, Diablo menemui pengguna dengan versi barunya tetapi tidak diketahui punca pengeluarnya tiba-tiba memilih 2012 yang mengejutkan pemain tegar game itu.
Penerbit game terkemuka, Blizzard Entertainment melancarkan versi ketiga Diablo iaitu permainan aksi moden antara terbaik yang menjanjikan kehebatan dengan banyak ciri tambahan.
Diablo III bakal menyambung kisah asal permainan ini, membawa kita dari kawasan fantasi jauh ke ruang pertempuran maya yang dijangka mengambil masa berjam-jam pada tahap kesukaran paling tinggi untuk dihabiskan.
Antara tambahan menarik ialah set kemahiran perang menggunakan api dan ais, fungsi Auction House baru serta pertempuran Sanctuary Dark World dalam usaha membantu menyelamatkan kemusnahan besar terhadap kumpulan musuh melalui serangan yang meningkatkan kuasa senjata asas.
E-DAGANG
BILANGAN usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memiliki laman web sendiri masih rendah meskipun anggaran nilai dagangan menerusi e-dagang global dijangka mencecah RM3 trilion tahun ini.
Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Eksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, ketika ini kira-kira 700,000 syarikat PKS berdaftar di negara ini, tetapi jumlah yang mempunyai laman web sendiri amat mengecewakan iaitu hanya kira-kira 100,000 syarikat PKS.
Menurutnya, industri e-dagang tempatan menawarkan potensi besar kepada syarikat PKS susulan jumlah pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang kerana mengikut rekod, Malaysia mencatatkan 17.5 juta pengguna Internet.
Beliau berkata, angka terbabit sepatutnya dimanfaatkan PKS termasuk perniagaan mikro dengan membangunkan laman web perniagaan masing-masing.
Menurutnya, jumlah pengguna Internet di Malaysia akan terus meningkat, disokong inovasi dalam teknologi atas talian yang akan mengubah landskap hubungan pembeli dan penjual malah Matrade turut menyasarkan peningkatan 15 peratus syarikat PKS berdaftar online menjelang akhir tahun ini.
Pertumbuhan laman PKS turut didorong aktiviti yang disokong industri seperti program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang diterajui Google Malaysia dan Matrade. GMBO mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan MyDomain Registry menawarkan program itu kepada 800,000 usahawan PKS seluruh negara.
KEBANGKITAN SYARIKAT CHINA, ZTE DAN HUAWEI
RAMAI yang menjangkakan teknologi di sebelah Barat bakal menghangatkan suasana tetapi dalam diam, dua syarikat China iaitu ZTE dan Huawei berjaya menembusi pasaran sehingga ada di kalangan mereka menjadi pelopor beberapa teknologi di dunia.
Malah, menurut sumber beberapa penyelidik, ZTE kini diiktiraf pembuat telefon bimbit keempat terbesar di dunia yang mempunyai pasaran meluas di China dan Amerika Syarikat.
Menurut tiga penyelidik pasaran iaitu IDC, ABI Research dan Strategy Analytics, ZTE adalah pembuat telefon bimbit keempat terbesar tapi laporan firma Gartner menunjukkan ZTE berada di kedudukan kelima di belakang Nokia, Samsung, LG dan Apple.
Huawei pula mengejutkan dunia dengan memperkenalkan tablet saiz 10 inci berkuasakan quad core pertama di dunia pada Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) 2012 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.
Tablet dinamakan MediaPad 10 FHD terbabit lengkap dengan ciri hiburan yang tiada tandingannya termasuk audio visual serta pemprosesan Huawei 1.5GHz quad core, sistem operasi Google Android 4.0 dan skrin paparan definisi tinggi 10 inci.
Selain mampu memainkan permainan jenis tiga dimensi (3D), tablet terbabit turut membolehkan akses tanpa wayar berkelajuan tinggi sehingga 84Mbps (HSPA + 21/42/84Mbps) serta menyokong piawaian rangkaian LTE.
KERETA BERINTERNET
PROTON Holdings Bhd (Proton), pengeluar kereta nasional pertama negara muncul syarikat kenderaan pertama di Malaysia yang melancarkan kereta penumpang dengan kemudahan Internet rangkaian 4G bermula dengan model terbaru Proton P3-21A.
Serentak itu, Proton turut mengumumkan kesediaan perkhidmatan Internet dalam kebanyakan kenderaan dikeluarkan syarikat pada masa depan yang menggunakan kemudahan disediakan pembekal akses Internet 4G, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications).
Pengarah Urusan Kumpulan Proton ketika itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton sedia memberi nilai tambah dalam kenderaan keluaran mereka pada masa depan bagi memenuhi permintaan pengguna kerana industri automotif bukan lagi tertumpu pada rekaan semata-mata, tetapi mahukan nilai tambah.
Proton bekerjasama dengan YTL Communications selama setahun bagi membangunkan teknologi dalam kenderaan yang mengandungi modem jenis Huddle dan tiga slot bagi peranti mudah alih, iPad.
Rangkaian Yes 4G kini mempunyai 65 peratus liputan di seluruh negara selain mempunyai akses kukuh di sepanjang 960 kilometer Lebuhraya Utara-Selatan dan sebahagian Lebuhraya Pantai Timur.
FACEBOOK BELI INSTAGRAM
FACEBOOK memeterai perjanjian untuk memperoleh syarikat yang mengeluarkan aplikasi terkenal, Instagram bernilai kira-kira RM3 bilion.
Walau bagaimanapun, Facebook menjamin, Instagram akan kekal sebagai aplikasi berasingan dari Facebook tetapi hubungan perkhidmatan itu akan dipertingkatkan antara satu sama lain.
Dengan 27 juta pengguna yang berdaftar pada platform iOS saja, Instagram semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai rangkaian sosial dalam cara sendiri, bukan hanya aplikasi perkongsian foto tapi ia mampu melakukan lebih banyak aktiviti dengan pelbagai perkongsian harian.
Dalam kenyataannya di Timeline Facebook, Mark Zuckerberg berkata, beliau teruja untuk berkongsi berita gembira terbabit dan mengesahkan Facebook bersetuju untuk memperoleh Instagram dan pasukan kerja yang berbakat mereka akan menyertai Facebook.
SURFACE SAINGI IPAD
SYARIKAT perisian terkemuka, Microsoft mendedahkan tablet pertama mereka iaitu Surface dalam usaha menyaingi iPad yang popular di pasaran.
Ketua Eksekutifnya, Steve Ballmer berkata, tablet yang direka dengan penyelidikan terperinci dan lengkap itu disifatkan sebagai pencabar Apple paling dekat.
Menurutnya, Surface dilengkapi penutup yang juga berfungsi sebagai papan kekunci bermakna tablet terbabit bakal berfungsi untuk tujuan kerja dan bermain-main.
“Surface juga menjadi nama kepada komputer skrin sesentuh yang dikeluarkan Microsoft untuk pasaran bisnes di restoran, kedai, bar serta tempat lain,” katanya.
Produk Surface dibangunkan berdasarkan dua jenis tablet iaitu Windows 8 RT beroperasi pada pemprosesan ARM NVidia dan Windows 8 Pro dengan kekuatan Intel Ivy Bridge (cip i5).
Windows 8 RT seberat 676 gram, setebal 9.3 milimeter (mm) berbeza dengan iPad seberat 652 gram dan tebal 9.4mm.
Ia menggunakan paparan ClearType HD 10.6 inci di samping kelengkapan port USB 2.0, MicroHD, dan microSD untuk pilihan penyambungan.
Manakala antena 22 MIMO memberikan keupayaan WiFi yang kuat berbanding tablet lain.
Menurut Ketua Windowsnya pula, Steve Sinofsky, Surface Windows 8 Pro mempunyai berat 903 gram dan setebal 13.5mm.
“Ia juga memiliki paparan ClearType 10.6 inci tetapi spesifikasinya adalah HD Penuh di samping ciri lain ditonjolkan termasuk USB 3.0 bersama-sama slot microSD dan mini DisplayPort Video, jadi pengguna boleh menghantar video ke skrin penuh atau paparan serasi yang lain,” katanya.
Paparannya menggunakan Gorilla Corning Glass dengan kelengkapan kamera bersudut 22 darjah yang dikatakan Sinofsky sebagai kemudahan individu di meja dimuatkan dalam skrin tablet ketika sidang video dilaksanakan.
ASTRO ON THE GO, CARA BARU MENONTON TV
ASTRO Malaysia Holdings Sdn Bhd (Astro) merealisasikan hiburan mudah alih dengan membolehkan pengguna menonton salurannya di telefon atau tablet sempena Piala UEFA 2012 yang berlangsung Jun lalu.
Astro On The Go boleh diakses menggunakan laptop menerusi laman web www.astro.com.my atau iPad yang perlu dipasang dengan aplikasi terlebih dulu dan perlu dipindah turun dari Apps Store Apple.
Sebanyak 11 saluran ditawarkan secara percuma hingga 31 Ogos ini manakala perkhidmatan sama turut menawarkan video atas permintaan (VOD) serta TV Ulangan (Catch Up TV).
Perkhidmatan diperkenalkan secara berfasa dengan fasa pertama bermula Jun manakala fasa kedua bermula pada 1 September membabitkan pelanggan B.yond IPTV serta pengenalan platform Android.
Kini, fasa ketiga pula disasarkan kepada semua pelanggan Astro sedia ada dan baru.
APLIKASI DRAW SOMETHING CETUS FENOMENA
APLIKASI lukis dan teka, Draw Something mencetuskan fenomena baru dalam dunia aplikasi sehingga mencatatkan dua juta pindah turun hanya dalam masa beberapa jam.
Disebabkan kepopularan mereka, pembuat aplikasi game yang popular dengan Words With Friends dan Farmville, Zynga membeli satu lagi syarikat yang mengeluarkan aplikasi hangat sekarang, Draw Something daripada syarikat OMGPOP.
Perjanjian itu tidak mendedahkan nilai perjanjian terbabit.
Namun ada laporan mengatakan Zynga membayar sehingga RM540 juta untuk OMGPOP ditambah RM120 juta lagi untuk mengekalkan lebih 40 pekerja OMGPOP.
“OMGPOP ini mencipta satu permainan yang menyeronokkan, ekspresif dan berinteraksi pada dunia sosial sebenar,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zynga, Mark Pincus.
Zynga adalah studio yang membangunkan game hits seperti Farmville dan Cityville yang menarik 60 juta pengguna setiap hari dan lebih 230 juta pengguna sebulan di seluruh dunia.
PERANG PATEN APPLE-SAMSUNG
PERANG paten antara dua gergasi elektronik popular, Apple dan Samsung berakhir dengan keputusan yang memihak syarikat dari Cupertino, Amerika Syarikat itu apabila menerima ganti rugi lebih RM3 bilion selepas menang dalam kes pelanggaran hak cipta menentang Samsung.
Sembilan juri memutuskan kebanyakan ciri telefon pintar dan peranti mudah alih seperti tablet Samsung melanggar hak cipta rekaan Apple seperti inovasi paparan yang membolehkan pengguna memfokus dekat dan jauh apabila menyentuh skrin.
Selain itu, juri juga memutuskan pelanggaran paten oleh Samsung yang dikatakan sengaja dilakukan dan mereka memaklumkan saman balas yang dikemukakan syarikat Korea sebanyak RM1 bilion itu disifatkan tanpa merit.
Kes terbabit bermula apabila Apple mendakwa Samsung menciplak telefon mereka dengan pengeluaran Galaxy.
Ia menyaksikan Apple dengan nama rasmi syarikat, Apple Corp memfailkan saman pada April 2011 dan membabitkan peguam hak cipta paling mahal untuk menuntut RM8 bilion daripada pesaingnya yang biasa dengan sistem operasi Android.
Apple mendakwa Samsung mengakibatkan syarikat Cupertino kerugian jualan apabila pasarannya terpecah kepada dua dengan inovasi Apple.
Tindakan itu juga mendorong Samsung di bawah Samsung Electronics Co bertindak balas dengan mengemukakan saman balas.
Namun, pertembungan paten itu dijangka tidak akan berakhir dalam hanya selepas Samsung membayar jumlah yang ditetapkan apabila kes terbabit hanya disebut di satu mahkamah di Amerika Syarikat

+ comments + 1 comments
Teknologi Android 'bertempur' bersama tentera: Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace... Baca selanjutnya