Headlines News :
Home » , , » Si Ibu nafi Leuniey tidak undang bapa kandung ke majlis pernikahan

Si Ibu nafi Leuniey tidak undang bapa kandung ke majlis pernikahan

Written By Unknown on Wednesday, December 26, 2012 | 8:02 PM


Belum lagi upacara ijabkabul Leuniey dan Khairul Fahmi Che Mat dijalankan semalam timbul pula kontroversi di mana Leuniey dikatakan tidak menjemput bapa kandungnya ke majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada hari Jumaat ini.

Menurut beberapa akhbar tempatan, Jaafar Mohamad yang merupakan bapa kepada pengusaha butik dan model itu meluahkan rasa kecil hatinya kerana tidak diundang untuk menyaksikan hari terbesar anak perempuannya yang bakal bertempat di Pasir Pekan, Kelantan.

Namun, apa yang terjadi semalam berlainan pula dengan apa yang dijelaskan oleh ibu Leuniey, iaitu Nor Laila Abu Bakar pada hari ini. Tegas beliau, Leuniey sendiri telahpun menjemput bapa kandungnya untuk menghadiri majlis perkahwinannya.

“Sebelum ini, Leuniey ada ke rumah bapa kandungnya untuk menandatangani borang sebagai wali nikah dan ketika itu juga Leuniey telah menjemput bapa kandungnya itu untuk turut hadir pada majlis pernikahannya,” kata beliau, seperti yang dipetik dari portal tempatan.

“Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana ia lebih kepada isu dalaman keluarga,” tambahnya lagi.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger