Headlines News :
Home » , , , , » Mati Kerana Peparu Seorang Perokok Tegar

Mati Kerana Peparu Seorang Perokok Tegar

Written By Unknown on Wednesday, December 19, 2012 | 1:23 PM





Seorang wanita berusia 27 tahun yang mengidap kelainan kelenjar sekresi fibriosis sistik meninggal dunia setelah mendapat paru-paru daripada seorang penderma perokok tegar.

Jennifer Wederell dari Hawkwell, Essex, meninggal di kediamannya Ogos lalu, 16 hari selepas menjalani transplan di Hospital Harefield, London.

Bapanya, Colin Grannel berkata, dia yakin anaknya tidak akan bersetuju dengan transplan itu jika dia mengetahui penderma terbabit ialah perokok tegar.



Hospital berkenaan meminta maaf kerana tidak memberi pilihan kepada Jennifer untuk menolak transplan itu.

Jennifer didiagnosis menghidap fibriosis sistis sejak berusia dua tahun dan setelah mencapai usia 20-an, dia perlu bernafas dengan bantuan oksigen 24 jam sehari.


Jennifer telah mendaftar sebagai penerima transplan paru-paru sejak 18 bulan lalu dan pada April tahun lalu, dia diberitahu bahawa ada penderma yang sesuai. Grannel berkata, keluarganya sentiasa menunggu hari itu sejak bertahun lamanya dan menjangka transplan yang dijalani Jennifer akan berjalan lancar.




Jennifer berkahwin dengan lelaki idamannya, David Wederell pada September tahun lalu tetapi Februari lalu, kanser dikesan di paru-parunya. Grannel mendakwa anaknya mati akibat kelalaian pihak hospital.

“Pihak hospital tidak pernah menyatakan bahawa paru-paru yang digunakan dalam transplan itu adalah milik seorang perokok tegar,” katanya. - Agensi
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger