Tahun 2012 untuk episod perkahwinan selebriti bakal ditutup dengan majlis pernikahan selebriti sukan popular, Khairul Fahmi Che Mat dan kekasih hatinya, Leuniey Natasha. Dan lembaran 2013, persada hiburan tanah air bakal meriah dengan pembukaan berita mengenai beberapa selebriti popular yang bakal menamatkan zaman bujang mereka - yeah makan nasi minyak la kita!
Antara dua artis yang kini sedang rancak membuat persiapan untuk majlis penuh bahagia mereka itu nanti ialah pelakon Liyana Jasmay dan penyanyi Misha Omar.
Liyana Jasmay bersama tunang Fathuddin Mazlan bakal diijabkabulkan pada 2 Februari depan. Dalam pada sibuk siapkan itu dan ini, sempat lagi aktres ni mula 'memasang badan'. Amboi...
"Pasang badan sikit-sikitlah. Saya mahu kelihatan cantik dan berseri di hari perkahwinan, jadi kena berkorban sikit. Jaga makan dan tidak mahu berpanas sangat takut nanti kulit dan muka tak berseri!," kata bakal ratu sehari ini kepada portal murai.com.my.
Dalam portal hiburan itu juga menyebut sebanyak dua buah majlis akan berlangsung pada 2 Februari 2013 iaitu akad nikah di Ballroom, Hotel Seri Pacific pada jam 9.30pagi dan sebelah malam pasangan Liyana dan Fathudin bakal diraikan di PWTC.
Liyana akan menyarungkan 2 busana ditempah khas olehnya daripada dua pereka kegemaran aktres tersebut iaitu Rizman Ruzaini dan Jovian Mandagie. Begitu juga dengan tatarias yang akan disempurnakan oleh dua jurusolek pilihannya, Tiar Zainal dan Deq Sha.
Sementara itu, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar pula bakal memberikan kejutan. Ini kerana dengarnya Misha dijangka akan bernikah dalam masa terdekat dengan tunangnya, Firos Ezzwa Rossly dan mungkin ia adalah tarikh yang cukup 'istimewa'.
Dalam portal sama, pereka baju dan pelamin untuk Misha dimaklumkan sudah pun bersiap sedia dengan rekaan busana yang pasti gempak dan menunggu saja lampu hijau dari Misha. Pelamin juga sudah ditempah.
MD