SYDNEY - Kyle Cummings adalah kanak-kanak 3 tahun yang biasa, apa-apa
yang yang dilihatnya yang dia rasa menarik, dia akan terus memungut dan
mengambilnya ke rumah.
Pada satu hari yang kurang bernasib baik, Kyle telah mengambil
satu set telur yang mana kandungan yang berkemungkinan akan membunuhnya sekiranya
telur tersebut telah menetas.
Telur yang dibawa pulang oleh Kyle dan diletakkan di dalam
bekas plastik dan menyembunyikannya di dalam almari bilik tidur dia, bukan
sahaja telur 'lama' tetapi telur tersebut itu adalah kepunyaan ular ke-2 paling
bahaya di dunia- eastern brown snake.
Alangkah terkejut si ibu apabila dia membuka almari anaknya
pada hari Isnin dan mendapati 7 anak eastern brown snake menjalar sekitar dalam
kotak plastik. Kyle bernasib baik kerana dia telah menutup bekas dengan penutup
yang terlalu ketat untuk anak ular untuk menolak daripada terbuka.
Keluarga Kyle bergegas dengan bekas yang dengan ular di
dalamnya ke Billabong Sanctuary renjer untuk menyerahkan 'kandungan maut'
kepada penjaga hidupan liar, yang terkejut dengan kandungan bekas tersebut
Cik Trish Prendergast segera menghubungi keluarga Cummings,
memastikan tiada siapa yang telah menyentuh ular tersebut
"Mereka dilahirkan sangat berbisa," kata
Prendergast.
Prendergast mahu memastikan yang Kyle atau sesiapa sahaja
tidak menyentuh anak ular; walaupun gigi mereka masih terlalu kecil untuk
menembusi kulit, mereka akan megeluarkan racun yang sangat berbisa.
Prendergast berkata Kyle sangat bernasib
baik dia tidak
berhadapan dengan ibu ular semasa dia mengambil telur yang mengatakan ibu ular eastern
brown snake biasanya berada berdekatan sarang mereka kerana mereka mengeram
telur mereka dan mereka menjadi agresif apabila berhadapan.
Prendergast dilepaskan anak ular ke belukar Australia dan
memberi amaran kepada kyle supaya jangan mengambil apa-apa dari sarang:
“Anda memang tidak tahu apa anda mungkin dapat!,” katanya.