Diantara sekian banyak legenda yang berkenaan mengenai malaikat kematian, Dullahan kiranya salah satu yang paling mengerikan. Di kisahkan berasal dari legenda Ireland, makhluk ini memiliki penampakan yang boleh membuat bulu roma siapapun berdiri seketika. Hampir seluruh catatan sejarah mahupun mitos mengenai Dullahan menyebutkan bahawa makhluk dari lain tersebut tidak mempunyai kepala di tempat yang sepatutnya. Jadi kepala sang dewa kematian tersebut selalu dibawa di tangannya, tidak melekat di leher!!
Konon tujuannya adalah agar tangan boleh mengangkat kepala tinggi-tinggi sehingga Dullahan boleh melihat lebih jauh daerah sekitarnya. Wajah Dullahan digambarkan putih pucat, dengan mulut yang lebar dari satu telinga ke telinga yang lain. Matanya yang kecil bewarna hitam dan merenung dengan sangat tajam; tajamnya renungannya sampai sesiapa yang melihatnya akan terpaku seketika. Kepala Dullahan juga diliputi aura kehijauan. Aura tersebut membantu Dullahan untuk melihat keadaan sekeliling, jadi kepalanya juga berfungsi sebagai pelita penerang.
Ciri khas Dullahan lain adalah pedang yang selalu dibawanya ke mana pun ia pergi, di mana pedang tersebut konon dibuat dari sulaman tubuh manusia yang sudah meninggal. Penggambaran perawakan Dullahan dari leher ke bawah, mempunyai variasi yang lebih pelbagai. Namun pada umumnya ia mempunyai tubuh yang tinggi dengan balutan jubah bewarna hitam. Sebahagian kalangan menyebutkan bahawa Dullahan menunggang seekor kuda hitam, tetapi ada yang menyebutkan bahawa kereta suram yang ditarik oleh 6 ekor kuda hitam merupakan kenderaan Dullahan. Kereta tersebut pun dihiasi dengan objek-objek berbau kematian, di mana hiasan yang paling popular dalam legenda Dullahan adalah tengkorak-tengkorak yang digunakan sebagai alas lilin!! Yang pasti Dullahan selalu muncul dengan aura kegelapan.
Asal-usul Dullahan diwarnai dengan mitos yang pelbagai. Salah satunya mengisahkan bahawa makhluk ini merupakan penjelmaan dari salah satu Dewa Kesuburan Celtic bernama Crom Dubh. Dewa tersebut dipuja habis-habisan oleh para raja kuno, terutama Tighermas yang merupakan salah seorang raja terkenal di Ireland. Setiap tahun Tighermas mengorbankan nyawa-nyawa manusia untuk menyenangkan Crom Dubh. Tapi tradisi pengorbanan manusia ini terhapus pada abad ke-6 selepas masihi, ketika agama Kristian masuk ke Ireland, di mana kepercayaan para Kristian akhirnya menghapuskan kebiasaan korban manusia yang dianggap sangat tidak berprikemanusiaan. Meskipun tradisinya dilupakan namun tidak demikian dengan nama besar dan sepak terajang Crom Dubh terus menhantui manusia untuk mengambil nyawa mereka.
Alasan mengapa Dullahan begitu ditakuti adalah kerana penampakan Dullahan biasanya menandakan kematian. Tidak seperti Banshee yang memberikan amaran terlebih dahulu, makhluk ini bekerja cepat di mana hanya dengan dipanggil namanya sahaja maka nama orang tersebut akan dicabut. Konon Dullahan sangat senang berkeliaran di tengan festival atau perayaan, khususnya pada perayaan penghormatan Crom Dubh selaku Dewa Kesuburan. Festival tersebut, yang dirayakan oleh rakyat Ireland, diadakan pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Setelah mencari sasarannya maka Dullahan akan bergerak selepas festival berakhir, tepatnya ketika si target sendirian. Versi lain menyebutkan bahawa jika Dullahan berhenti di depan seorang manusia yang masih hidup makan orang tersebut akan segera meninggal.
Hal lain yang membuat Dullahan menjadi malaikat kematian yang sangat disegani adalah sifatnya yang sangat individualis. Ia sangat tidak suka diganggu ketika melancarkan aksinya, dan sesiapa yang secara sengaja atau tidak sengaja melihat kelibatnya maka orang itu akan disirami darah. Jika terkena, kemungkinan besar orang tersebut adalah target Dullahan selanjutnya!! Namun selain menyiramkan darah, Dullahan akan mencambuk mata orang yang melihatnya sampai buta. Kelebihan lain dari kelibat pencabut nyawa ini adalah kemampuannya dalam mmeburu mangsa walau apapun keadaan.
Diantara segala kengerian mengenai kekuatan Dullahan, sang pencabut nyawa ternyata mempunyai satu kelemahan. Entah mengapa, Dullahan tidak suka dengan emas murni. Bahkan satu syiling kecil tetapi terbuat dari emas murni khabarnya sudah mampu membuat susuk ini tidak mampu mendekat. Oleh kerana itu, dalam festival perayaan Crom Dubh biasanya orang-orang Ireland yang merayakan selalu mengantongi (minimalnya) satu syiling emas supaya terhindar dari kejaran Dullahan.
Diantara segala kengerian mengenai kekuatan Dullahan, sang pencabut nyawa ternyata mempunyai satu kelemahan. Entah mengapa, Dullahan tidak suka dengan emas murni. Bahkan satu syiling kecil tetapi terbuat dari emas murni khabarnya sudah mampu membuat susuk ini tidak mampu mendekat. Oleh kerana itu, dalam festival perayaan Crom Dubh biasanya orang-orang Ireland yang merayakan selalu mengantongi (minimalnya) satu syiling emas supaya terhindar dari kejaran Dullahan.