Headlines News :
Home » , » Shila kembali selepas 'hilang' sekejap

Shila kembali selepas 'hilang' sekejap

Written By Unknown on Monday, February 11, 2013 | 12:13 PM



GEORGETOWN: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi mengenai kisah percintaannya tiba di sebuah hotel ,di sini, bersama bapanya, N D Lala, kira-kira 10.45 malam tadi.
Dia kelihatan ceria ditemani pengawal peribadi dan bapanya itu tetapi enggan mengulas mengenai kemelut itu. Tetapi, Shila tetap melayan peminatnya di perkarangan hotel itu.
Shila, 23, yang sebelum ini 'menghilangkan' diri sejak tujuh hari lalu kerana tertekan dengan konflik percintaannya bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad sudah kembali ke pangkuan keluarganya.

Difahamkan, Shila menghubungi bapanya yang juga penyanyi dan pengacara, ND Lala, 53, selepas berita ND Lala membuat laporan polis mengenai kehilangan Shila disiarkan akhbar, semalam.
Akhbar melaporkan ND Lala membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu anak sulungnya itu menghilangkan diri.

Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger