Headlines News :
Home » » Nokia lancar Asha 310

Nokia lancar Asha 310

Written By Unknown on Wednesday, February 13, 2013 | 10:40 AM


Helsinki: Pengeluar telefon mudah alih, Nokia meluaskan produk telefon pintar murahnya semalam, dengan melancarkan model Asha 310. 

Telefon pintar yang dilengkapi SIM berkembar dan akses wi-fi itu disasar dapat meningkatkan penguasaan dalam pasaran sedang membangun. 


Nokia kehilangan penguasaan pasarannya kepada Samsung dan Apple bagi pasaran telefon pintar di samping berdepan masalah dalam pasaran murah berikutan meningkatnya persaingan daripada pengeluar China. 


Syarikat Finland itu berkata, model baru Asha 310 akan dilengkapi dengan paparan sesentuh penuh tiga inci dan kamera tiga megapiksel. 

Telefon itu juga membolehkan pengguna menukar antara kad SIM dan wi-fi untuk mengekalkan kos yang rendah. 

Nokia merancang menjual telefon itu di Asia, Asia Barat, Afrika dan Brazil pada suku ini dengan harga AS$102 (RM316). 

Dalam perkembangan lain, Nokia mengumumkan penjualan dua hartanah di bandar raya Oulu, Finland dalam urus niaga bernilai AS$40.8 juta (RM126.42 juta) sebagai sebahagian rancangan pelupusannya. 


Syarikat perkhidmatan perniagaan dan sewaan hartanah, Technopolis membeli kedua-dua hartanah itu. 
REUTERS
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger