Headlines News :
Home » , , , » Zarina Anjoulie serta kontroversi-kontroversinya

Zarina Anjoulie serta kontroversi-kontroversinya

Written By Unknown on Thursday, January 3, 2013 | 11:23 AM




Rata-rata mengenali pelakon bernama Zarina Anjoulie serta kontroversi-kontroversinya. Bermula dengan gambar panasnya, pergaduhan dengan rakan-rakan artis di Twitter dan penglibatannya dengan dadah, senarai kontroversi yang melibatkan dirinya cukup panjang.

November 2007
- Beberapa kepingan gambar Zarina bersosial mula tersebar tatkala namanya semakin naik melalui drama 'Anak Pontianak', arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba, di mana Zarina memegang watak utama di samping Maya Karin. Ketika itu, sudah terdengar tuduhan mengatakan Zarina telah membesarkan buah dadanya dan menagih dadah.

Januari 2008
- Foto lucah Zarina dan seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya tersebar di Internet.

Februari 2011
- Mengaku mengambil dadah jenis ketamin dan syabu apabila ditahan di LCCT sempena dengan Ops Perayaan Tahun Baru Cina.

- Melalui akaun Twitternya, menuduh penyanyi Aliff Aziz menipu.

April 2012
- Tersebarnya gambar dia di cium mesra seorang lelaki. Zarina memberitahu akhbar Harian Metro, lelaki itu adalah abang tirinya dan foto tersebut di ambil tahun lalu. Lebih menggemparkan, di dalam temubual yang sama, dia mengaku "menjalin hubungan dengan suami orang namun perkahwinan itu terpaksa ditunda atas alasan peribadi".

- Bergaduh dengan Faezah Elai di Twitter. Menurut penjelasan Zarina di Facebook, Faezah kononnya "bengang ngan I sebab ada one guy yg dia nk tak dapat then that guy suka I pasal tu dia benci I then tarik muka n kutuk I kat semua org."

- Melancarkan 'perang' terhadap Lufya kerana sekali lagi mengeluarkan kenyataan menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak yang tersalah cam Lufya sebagai dirinya.

September 2012
- Bergaduh dengan Awal Ashaari di Twitter, gara-gara sesuatu yang dikatakan Awal ketika mengacara program Fuhh!

Oktober 2012
- Tampil di majalah FHM Indonesia edisi Oktober dengan gaya separa bogel.

Terbaru, pada 30 Disember lalu, Zarina telah ditahan bersama rakan lelakinya atas tuduhan memiliki dua bili pil dadah disyaki Eramin 5 seberat 0.6g. Jika didapati bersalah, Zarina mungkin dipenjarakan selama lima tahun (hukuman maksimum) atau didenda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Apapun keputusan mahkamah, diharapkan di tahun baru ini Zarina dapat meninggalkan bayangan kontroversi lalu, sebaliknya fokus pada kerja-kerja lakonan dan bisnesnya, sekaligus merubah persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger