Headlines News :
Home » » Susu Ibu Elak Masalah Bayi Obesiti

Susu Ibu Elak Masalah Bayi Obesiti

Written By Unknown on Wednesday, January 16, 2013 | 8:39 AM




Golongan ibu dinasihatkan memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi sepanjang enam bulan selepas kelahiran, bagi mengelak masalah bayi yang mempunyai berat badan berlebihan.
Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Profesor Dr Fatimah Arshad berkata, ini kerana susu ibu mengandungi semua khasiat mencukupi untuk perkembangan fizikal dan mental anak.
Beliau berkata, sekiranya langkah itu diamalkan, ia boleh mengurangkan masalah individu dengan berat badan berlebihan atau obesiti apabila seseorang meningkat dewasa.
“Jika diberi susu botol, bayi itu terus menghisap walaupun kenyang. Ini menyebabkan mengambil tenaga melebihi apa diperlukan.
“Daripada sudut agama, menyusu badan juga menyebabkan bayi itu aktif di samping membantu pembentukan rahang dan gigi yang elok,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata demikian peningkatan warga Malaysia yang mengalami obesiti yang dianggarkan hampir separuh populasi penduduk negara. Sejak 1996, bilangan dewasa berusia 18 tahun ke atas berdepan masalah itu tidak menurun, malah bermula dengan 4.4 peratus, ia meningkat kepada 15.1 peratus pada 2005 dan bertambah sekitar 45 dan 50 peratus setakat Disember lalu.

Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger