Headlines News :
Home » » Perompak Yang Bangang

Perompak Yang Bangang

Written By Zul Fikri on Monday, January 14, 2013 | 9:37 AM



MOHD Zuki menunjukkan cara suspek memecah masuk dengan menyusup melalui celah pintu jeriji besi.
Petaling Jaya: Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah di Blok 3, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, dengan menyusup di celah pintu jeriji besi akhirnya terperangkap semalaman dalam kediaman itu, kelmarin.
Pengerusi Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) apartmen itu Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, suspek dipercayai gagal keluar dari rumah itu kerana tidak berjaya mengumpil pintu jeriji besi berikutan khayal di bawah pengaruh dadah.
Menurutnya, ini menyebabkan lelaki terbabit berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada anggota polis unit peronda (MPV) dari Balai Polis Sunway yang tiba selepas dihubungi.
“Kejadian disedari ejen hartanah rumah berkenaan yang mendapati pintu jeriji besi diumpil manakala pintu kediaman terbuka pada jam 4 petang sehari sebelum lelaki terbabit ditahan.
“Ejen itu menghubungi pemilik rumah sebelum mereka memeriksa kediaman itu kira-kira jam 11 pagi, kelmarin,” katanya.
Mohd Zuki berkata, ketika memeriksa rumah berkenaan mereka terkejut mendapati seorang lelaki tidak dikenali berada dalam kediaman itu.
“Lelaki terbabit disyaki memecah masuk rumah berkenaan yang disewakan kepada orang lain berikutan penyewanya pulang ke kampung.
“Kami segera menghubungi polis sebelum pihak berkuasa itu tiba kira-kira 10 minit kemudian,” katanya.
Mohd Zuki berkata, pemeriksaan lanjut dalam rumah itu mendapati satu televisyen hilang dan dipercayai dilarikan lelaki terbabit pada kali pertama dia memecah masuk.
“Ini mungkin cubaan kali kedua untuk memecah masuk dan kali ini lelaki terbabit gagal keluar menyebabkan dia tertangkap,” katanya.

Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger