Headlines News :
Home » , , , » Pengganti Yuna Di AJL27 milik Aizat

Pengganti Yuna Di AJL27 milik Aizat

Written By Unknown on Thursday, January 3, 2013 | 7:48 PM



Teka-teki pasal pengganti Yuna menyanyikan lagu Terukir Di Bintang akhirnya terjawab. Ia menjadi milik Aizat. Aizat dipilih oleh Yuna sendiri dengan persetujuan pihak TV3 yang menerbitkan program pertandingan lagu popular itu.

TV3 melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini memberitahu Aizat akan diiringi oleh barisan ahli muzik Yuna sendiri yang terdiri daripada Elfy Aris (Bes), Farhan Fadzlishah (gitar) dan Adil Ali (Dram).

Mereka kini giat menjalani persiapan saat-saat akhir dalam tempoh tiga hari ini.
"Keputusan dicapai selepas perbincangan bersama di antara pihak pengurusan Yuna (Yuna Room Records) dan sidang produksi AJL27," kata wakil Unit Perhubungan Awam TV3, Irmawati Mahamad Tahir hari ini.
AJL27 akan diadakan pada Ahad ini (6 Januari 2013) di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan akan disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9.00 malam.

Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger