Headlines News :
Home » , , , » Kucing kantoi seludup Barang ke Penjara

Kucing kantoi seludup Barang ke Penjara

Written By Unknown on Sunday, January 6, 2013 | 4:02 PM







RIO DE JANEIRO - Kucing, cerewet, emosional dan sukar diramal; adalah calon tidak tepat dan yang sesuai untuk menyeludup barang-barang ke dalam penjara untuk bertujuan membantu banduan melarikan diri.

Namun di dalam penjara Arapiraca, yang terletak di pantai timur Brazil, lain pula cerita apabila satu kumpulan banduan cuba menggunakan kucing sebagai 'penghantar barang', dengan harapan 'penghantar barang' mereka akan membantu mereka dengan memecah keluar dari penjara.

Banduan tersebut cuba untuk menggunakan kucing bagi membawa masuk peralatan seperti gergaji, bit gerudi simen, telefon bimbit, bateri, pengecas, alat dengar Bluetooth dan cip memori.

Misi mereka hampir berjaya tetapi telah gagal apabila pengawal penjara perasan sesuatu mencurigakan apabila mereka ternampak kucing yang cuba untuk masuk ke dalam penjara dengan cara yang sedikit ganjil.

Kucing itu telah ditangkap oleh pengawal penjara dan mengdapati ada barang telah dilekatkan pada badan kucing itu.

Pengawal yakin kucing itu telah dibesarkan di dalam penjara tetapi disembunyikan dari pengetahuan pihak penjara. Semasa waktu melawat ahli keluarga tahanan telah mengambil kucing itu dan membawanya ke rumah dengan mereka, selepas itu, dilekatkan semua barangan ke badannya dan melepaskannya.

Kucing memang dijangka bahawa mereka sentiasa pulang ke rumah ... tetapi di dalam kes ni..penjara itu adalah rumahnya..
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger