Headlines News :
Home » , , , » Dua beradik dirogol bapa, datuk, ibu saudara dan juga bapa saudara mereka

Dua beradik dirogol bapa, datuk, ibu saudara dan juga bapa saudara mereka

Written By Unknown on Friday, January 4, 2013 | 3:12 PM




IPOH: Dua beradik, berusia enam dan lapan, dipercayai telah dirogol selama beberapa tahun oleh bapa, datuk, ibu saudara dan juga bapa saudara mereka.
Ibu kandung kepada adik beradik tersebut hanya mengetahui mengenai kejadian malang itu baru-baru ini apabila anak-anaknya mengadu sakit di bahagian bawah pinggang kepada seorang saudara mereka.

Kedua ibu bapa mangsa telahpun bercerai dan ibu mereka akan meninggalkan anak-anaknya di bawah jagaan seorang saudara di Taiping sebelum pergi bekerja.

Menurut laporan dari akhbar The Star, bekas suami wanita tersebut akan berkeras mengambil anak-anaknya untuk dibawa pulang.

Kedua beradik itu juga dipercayai diberi dadah dengan keadaan mata ditutup dan tangan diikat.

Tambah suratkhabar berbahasa Inggeris itu, adik-beradik itu kemudiannya dirogol dan didera.

Menurut ibu kanak-kanak tersebut, setelah membawa mereka ke hospital, dia mendapati selaput dara anaknya yang berusia lapan tahun telahpun terkoyak manakala anak bongsunya mempunyai luka-luka pada bahagian kemaluan.

Tambahnya lagi, keluarga bekas suaminya itu sering menganjurkan parti seks.

Dia kemudiannya membuat laporan polis pada 27 Disember yang lalu.

Apabila dihubungi, Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan mengesahkan siasatan sedang dijalankan.

"Kita tidak boleh melulu menangkap mana-mana individu, siasatan sedang berlangsung dan kita dalam proses mendapatkan seorang pakar kanak-kanak untuk mengambil kenyataan dari dua kanak-kanak tersebut," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 376(b) Kanun Keseksaan di bawah kes rogol.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger