Headlines News :
Home » , » BlackBerry lancar produk baru

BlackBerry lancar produk baru

Written By Unknown on Friday, February 1, 2013 | 12:11 PM


Blackberry melancarkan sistem operasi dan beberapa telefon bimbit baru di samping menukar nama sebagai usaha penjenamaan semula pengeluar telefon pintar itu. 

Syarikat berpangkalan di Kanada, Research in Motion (RIM) menukar namanya kepada BlackBerry seiring dengan pelancaran BlackBerry 10, platform baru yang disasar membantunya menguasai semula pasaran yang kini dikuasai pesaing. 


“Bermula dari sekarang, RIM menjadi BlackBerry,” kata Ketua Eksekutifnya, Thorsten Heins pada majlis pelancaran gilang gemilang di New York, iaitu salah satu daripada enam lokasi pelancaran global produk itu. 


“Ia adalah satu jenama. Ia adalah satu janji.” 

BlackBerry baru itu akan mengubah komunikasi mudah alih menjadi perkomputeran mudah alih sebenar,” kata Heins. 

Heins memperagakan dua peralatan, iaitu model skrin sentuh Z10 dan Q10, yang menampilkan papan kekunci BlackBerry. 

Jualan telefon bimbit baru itu akan bermula beberapa bulan akan datang. 
Satu daripada model telefon itu dijual di Britain bermula semalam manakala pengguna Kanada boleh membeli satu lagi pada 5 Februari ini. 

Di pasaran penting lain seperti Amerika Syarikat (AS), peralatan itu hanya akan dijual Mac ini, meskipun syarikat telekomunikasi seperti AT&T dan Verizon mula memperkenalkan pelan masingmasing, kata Heins. 

Perkenal Alicia Keys Syarikat itu juga memperkenalkan bintang popular, Alicia Keys sebagai Pengarah Kreatif Global barunya. 

Heins berkata, BlackBerry baru itu bukan sekadar platform dan produk baru sematamata, namun sesuai digunakan semua pihak seperti golongan usahawan berjaya dan ibu bekerja. 

Keys akan memainkan peranannya dalam usaha sedemikian. 

Keys, yang mengaku beliau kembali menggunakan BlackBerry selepas beralih kepada beberapa peralatan lain sebelum ini, berkata tugasnya itu membolehkannya ‘bekerjasama dengan individu dalam industri hiburan dan muzik’ untuk membantu meningkatkan pengalaman BlackBerry. 

Pelancaran itu dilihat penting kepada BlackBerry, yang menjadi pengeluar telefon pintar dominan sebelum Apple melancarkan iPhone dan pesaing lain mula menggunakan sistem operasi Google Android.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger