Headlines News :
Home » » Anak Jutawan tersepit Celah batu di kolam renang Selama 3 jam

Anak Jutawan tersepit Celah batu di kolam renang Selama 3 jam

Written By Unknown on Wednesday, January 2, 2013 | 3:02 PM




Anak lelaki seorang jutawan jualan langsung terkenal mengalami trauma dan calar di bahagian belakang badannya setelah tersepit selama hampir tiga jam di celah batu ketika mandi-manda di kolam renang sebuah hotel lima bintang di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika mangsa, Putera Faisal Stapa, 13, mandi-manda bersama sembilan lagi ahli keluarga yang lain di kolam berkenaan.
Datuk Stapa Omar dan isterinya, Datuk Azlina Che Abdullah merupakan pengasas syarikat jualan langsung terkenal, De’ Classic Life (M) Sdn. Bhd. (DCL).
DCL merupakan syarikat jualan langsung bagi pelbagai produk kesihatan, kecantikan, herba tradisional dan banyak lagi yang menjadi kegilaan ramai.
Azlina berkata, dia yang bergegas ke kolam renang itu sebaik dimaklumkan oleh pengawal peribadinya terkejut apabila melihat Putera Faisal menahan kesakitan selepas tersepit di celah batu yang agak besar.
“Sebaik tiba, saya lihat dia sudah tersepit dan cuba menenangkannya dengan memberikan motivasi serta menyuruhnya menarik nafas sekuat hati.
“Pihak bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian sebaik dihubungi pihak pengurusan hotel kira-kira pukul 11 pagi terpaksa mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan anak saya,” katanya.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger