Headlines News :
Home » , , , » Tiga lelaki didakwa menyerang polis ketika Rusuhan di Sungai Petani

Tiga lelaki didakwa menyerang polis ketika Rusuhan di Sungai Petani

Written By Unknown on Friday, December 21, 2012 | 11:03 AM




Tiga lelaki didakwa menyerang anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan di Taman Ria Jaya di sini, Ahad lalu. 

G Magen, 23; R Nares Kumar, 23; dan Cheng Kim Hong, 18, dari Taman Berlian Indah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani, semalam. 


Mereka didakwa mengikut Seksyen 152 Kanun Keseksaan kerana menyerang Koperal Saiful Mohd (RF 142428) menggunakan parang, bertujuan menghalang tugas polis di Taman Ria Jaya di sini, 16 Disember lalu.

Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin menetapkan pada 21 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan kes dan mengarahkan tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan satu penjamin. 

Bagaimanapun, tertuduh kedua, Nares Kumar, menghadapi tuduhan tambahan iaitu memiliki sebilah parang tanpa kebenaran pada 16 Disember pada jam 5.30 pagi di kawasan asrama kilang MAAM, Taman Ria Jaya. 

Dia dituduh mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Merbahaya 1958 yang boleh dihukum dua tahun penjara dan sebat jika sabit kesalahan. 


Bagi tuduhan itu, mahkamah menetapkan 21 Januari sebagai tarikh sebutan kes dan mengenakan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin. 

Pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwa Raya negeri, Datuk Razali Che Ani, dibantu Timbalan Pendakwa Raya Noor Anida Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Tiga lelaki itu adalah antara 36 suspek yang ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam pergaduhan berkumpulan pada 16 Disember lalu. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata siasatan mengesan suspek yang menyebarkan khabar angin kononnya berlaku rusuhan di Sungai Petani, dilakukan dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

Katanya, siasatan awal mendapati maklumat palsu itu dihebah menerusi laman sosial Twitter sebelum disebar lebih meluas.
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger