Headlines News :
Home » , , , , » Pengantin bersanding dengan cara istimewa di atas Jentolak

Pengantin bersanding dengan cara istimewa di atas Jentolak

Written By Zul Fikri on Wednesday, December 26, 2012 | 2:56 PM



Hasrat sepasang pengantin untuk bersanding dengan cara istimewa tercapai setelah mereka diarak menggunakan jentolak sejauh satu kilometer di Kampung Teloi Tua dekat sini, kelmarin.
Mohd Zulkhairi Wahab, 30, bersama pasangannya Malisza Alias, 28, bersyukur keinginan mereka selama ini telah tercapai.

Mohd Zulkhairi berkata, dia memang teringin untuk melangsungkan majlis persandingannya dengan cara yang unik.

“Saya tak tahu kenapa, tapi memang teringin sangat nak sanding atas jentolak.

“Bukan sebab saya tengok pengantin lain buat, tetapi datang daripada diri sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Zulkhairi yang bekerja di Pejabat Pos Sik turut diiringi kira-kira 30 motosikal.

Menurutnya, dia terharu dan bersyukur dengan komitmen semua pihak yang telah menjayakan dan melaksanakan hasratnya selama ini.

“Inilah hari yang tidak akan saya lupakan. Pengalaman ini terpahat dalam ingatan saya sampai bila-bila,” katanya kepada Sinar Harian.

Majlis persandingan itu dihadiri ribuan tetamu yang tidak ingin melepaskan saat melihat pengantin diarak menggunakan jentolak itu.

Mohd Zulkhairi yang bercadang berbulan madu di Sabah itu turut menghargai sokongan keluarga termasuk rakan-rakannya selama ini.

“Mereka tidak pernah bantah mahupun mempertikaikan hasrat saya malah berusaha demi melihat saya dan isteri bahagia pada hari persandingan kami,” katanya.
- Sinar Harian
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger