Headlines News :
Home » , , » Pelaksanaan AES tetap diteruskan!!

Pelaksanaan AES tetap diteruskan!!

Written By Unknown on Sunday, December 9, 2012 | 4:06 PM



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pemasangan 831 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara tetap diteruskan demi keselamatan pengguna jalan raya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, walaupun usaha itu ditentang sesetengah pihak termasuk dijadikan isu politik, JPJ kekal dengan keputusan untuk melaksana sistem tersebut yang turut diguna di negara maju.

"Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita sebelum mesyuarat tertutup bersama pegawai JPJ Terengganu, di sini hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini, 14 unit AES telah dipasang iaitu tujuh di Perak, dua di Selangor dan lima di Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk empat unit bergerak AES.

Menurutnya, sejak pelaksanaan AES pada 23 September lalu pihaknya mendapati kadar kesalahan trafik di beberapa lokasi strategik berjaya dikurangkan sebanyak 75 peratus. - BERNAMA

Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger