Headlines News :
Home » , , , » Monika Radulovic Dinobatkan Sebagai ‘Miss KL SOGO Trendsetter 2012′

Monika Radulovic Dinobatkan Sebagai ‘Miss KL SOGO Trendsetter 2012′

Written By Zul Fikri on Monday, December 24, 2012 | 3:32 PM



Pada 21 Disenber lalu telah berlangsungnya majlis ‘Crowning of Miss KL SOGO Trendsetter 2012′ bertempat di pusat membeli belah terkemuka SOGO, Kuala Lumpur.
Secara umumnya, pemilihan Miss KL SOGO ini adalah daripada penglibatan 55 gadis jelita yang menyertai pertandingan ‘Miss Tourism International 2012′ dan kesemua mereka telah mewakili negara masing-masing seperti dari India, Australia, Denmark, Hungary serta Bosnia & Herzegovina.
Majlis yang penuh meriah ini telah menampilkan pelakon dan penyanyi terkenal, Marsha Milan Londoh sebagai tetamu jemputan. Menerusi majlis ini Marsha telah menghiburkan para penonton menerusi dendangan tiga buah lagu berjudul My Destiny, Can’t Take My Eyes off You serta I Will Always Love You.
Dalam pada itu pihak KL SOGO turut menjemput pengacara dan pelakon jelita, Elaine Daly sebagai pengacara majlis.
Majlis turut diserikan dengan pertunjukan fesyen batik, yang mana kesemua calon diminta untuk memperagakan pakaian daripada hasil rekaan Kraftangan & Karyaneka.
Menerusi majlis ini pihak KL SOGO telah mengumumkan nama pemenang untuk dua buah kategori yang dipertandingkan iatu ‘Top 5 KL SOGO T-Shirt DIY Styles’ serta ‘Miss KL SOGO Trendsetter 2012.’
Top 5 KL SOGO T-Shirt DIY Styles :
  • Miss Indonesia – Ofalyn Octarya Sitepu
  • Miss Nigeria – Marian Usinsibe Makbere
  • Miss Norway – Helene Hornstuen Urberg
  • Miss India – Mreenalini Singh
  • Miss Kosovo – Kristjana Duhanaj
Miss KL SOGO Trendsetter 2012 :
  • Miss Australia – Monika Radulovic
Share this post :
 
Support : 8Share lah! | ChurpChurp | Gush Ad lah!!
Copyright © 2014. Echo News Portal - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger