“Saya tidak lagi berada di Belize. Itu saja yang saya mahu cakap.
“Setiap negara dekat Belize ada alasan politik, kewangan dan undangundang seperti Belize, jadi kami rancang untuk tiba di negara (lain) yang lebih selamat,” kata McAfee menerusi telefon dari lokasi tidak diketahui.
McAfee mendedahkan pandangannya dalam satu blog di alamat www.whoismcafee.com dan memberitahu dia ditemani dua wartawan dari majalah Vice dan seorang wanita bernama Sam.
Malah, dia juga memberitahu sudah menghantar seorang yang seiras dengannya ke sempadan Belize - Mexico bagi membantunya terus mengelak tangkapan.
“Orang itu membawa pasport Korea Utara menggunakan nama saya dan sudah ditahan di Mexico kerana salah laku,” kata McAfee dalam blog itu.
Sembunyi tiga minggu McAfee bersembunyi selama tiga minggu selepas polis Belize menyatakan mahu menyoalnya mengenai pembunuhan warga Amerika, Gregory Faull, yang juga jiran McAfee.
McAfee percaya, pihak berkuasa Belize akan membunuhnya jika dia menyerah diri untuk soal siasat.
McAfee didakwa gila Bagaimanapun, Perdana Menteri Belize menafikan dakwaan itu dan menyifatkan McAfee, 67, hilang akal dan gila.
“Mereka bunuh ramai orang yang menyerah diri.
Dalam kes terakhir, orang itu digari dan ditembak 14 kali.
“Mereka kata dia cuba ambil senjata dan lari sebelum dikepung 12 anggota keselamatan. Saya tidak fikir orang itu ada peluang langsung tetapi dia juga seorang yang cerdik.
Sebab itu, saya tidak mahu serah diri,” dakwa McAfee.
McAfee menubuhkan McAfee Associates pada 1989 dan tinggal di Belize, negara kecil di Amerika Tengah, sejak empat tahun lalu.